Jumaat, 23 September 2011

Sandiwara Isu Krisis Dalaman Parti KITA Mungkin Jadi Taktik Licik Zaid Ibrahim Kelirukan Rakyat Untuk Beliau Kembali Ke Pangkuan UMNO

PAHANG DAILY


Seperti yang dijangka oleh ramai pihak, kemungkinan mantan Menteri Dalam Negeri yang kini merupakan Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) iaitu Datuk Zaid Ibrahim (foto) bakal kembali kepada UMNO dalam masa terdekat ini.

Ia berikutan beberapa "taktik licik" beliau untuk mengaburi mata rakyat dengan melakukan helah "perang dingin" sesama "orang kuat" parti baru-baru ini.

Sandiwara pergolakan dalaman itu dilakukan bagi memudahkan KITA dikuburkan dan Zaid kembali bersama UMNO sebelum pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi.

Baru-baru ini, parti yang ditubuhkan Januari lepas, dikatakan bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan "tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan" Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC. Tindakan memecat tiga anggota CWC setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Malah, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah dikatakan akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan.

Sekali pandang, memang rakyat melihat Zaid akhirnya teraniaya. Selepas keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dia kemudian cuba untuk menjadi "jaguh seperti Anwar" dengan "menakluki" parti kecil seperti Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) sebenarnya.

Tiada ulasan: