Selasa, 19 Ogos 2008

Kad Pengenalan Pengundi sedang dikutip pihak tertentu
Suara KeADILan


PERMATANG PAUH - Kempen pilihanraya kecil dicemari dengan wujudnya usaha agen-agen pihak tertentu yang sudah pastinya pesaingkuat dengan calon PKR Datuk Seri Anwar, apabila sekarang ini mereka sedang mendapatkan kad pengenalan pengundi dan dibayar dengan jumlah-jumlah tertentu.

Pihak sektretariat Piliharaya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Puan Aisah Lamsah, Timbalan Pengarah Pilihanraya Wanita Pusat menjelaskan pihaknya menyediakan talian hot-line di nombor talifon (017-453 2539) untuk mana-mana pihak menghubungi bagi menyediakan maklumat berkenaan.

Melalui Hot-line ini pengundi boleh membuat aduan sekiranya mendapati mereka telah ditukar pusat mengundi tanpa dimaklumkan, majikan yang tidak memberi pengudi keluar mengundi, kehilangan nama-nama pemilih.

Selain daripada semakan daftar pemilih dan mengetahui pusat-pusat membuang undi boleh dilakukan, sekritariat ini sedia membantu pihak-pihak yang ingin mendapatkan khidmat ke tempat-tempat mengundi jika tidak mempunyai kenderaan.

Tiada ulasan: