Langkah Guan Eng isytihar cuti suburkan lagi demokrasi di
Mohd Nor Yahya
Malah sepatutnya tindakan itu dibuat kerajaan pusat yang mempunyai lebih banyak kuasa untuk berbuat demikian. Ini kerana hari pengundian diadakan pada hari bekerja.
Pelbagai pihak yang ditemui menolak kenyataan berminda cetek Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang mempertikai tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengisytiharkan cuti umum esok.
Pensyarah Kolej Teknologi Darulnaim, Dr Abdullah Sudin berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut menggambarkan keprihatinan beliau terhadap kesukaran yang dihadapi pengundi di Permatang Pauh untuk membuang undi.
"Dengan memberi cuti khas pengundi di Permatang Pauh akan dapat keluar mengundi dalam keadaan yang selesa dan mereka tidak perlu tergopoh gapah untuk kembali bekerja.
"Ini kerana tidak semestinya pengundi hanya tinggal di sekitar Permatang Pauh sahaja, mungkin ada yang tinggal di daerah lain termasuk di sebelah pulau," katanya ketika dihubungi di sini.
Kelmarin Lim Guan Eng mengiystiharkan Selasa (esok) sebagai cuti umum di Pulau
Bekas pensyarah UIAM, Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya mengadakan hari pembuangan undi parlimen Permatang Pauh pada hari bekerja.
Ini kerana katanya ia akan mengurangkan jumlah pengundi yang datang membuang undi kerana kesibukan bekerja.
"Maka langkah kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan esok sebagai cuti umum amat wajar sekali. Ini membolehkan orang ramai mengambil peluang pergi membuang undi tanpa perlu tergesa-gesa.
"Pada saya ini adalah tindakan adil dan wajar walaupun pilihan raya hanya berlangsung di Permatang Pauh," ujar beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri.
Beliau juga tidak dapat menolak kemungkinan tindakan SPR mengadakan hari pembuangan undi pada hari bekerja didalangi pihak-pihak tertentu bagi mengurangkan jumlah pengundi yang datang membuang undi.
Menurutnya juga biar pun Umno
Timbalan Yang Dipertua ABIM Kelantan, Tarmizi Mohd Yusof turut menyokong tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang mengisytiharkan cuti umum bagi memberi peluang kepada semua pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
"Pengundi di Permatang Pauh diharap menggunakan peluang yang diberikan untuk keluar mengundi lebih awal bagi memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa bagi mewakili mereka di parlimen," ujarnya.
Kata beliau juga langkah dibuat kerajaan Pulau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan