MP dipilih esok tidak mesti angkat sumpah minggu ini
"Tiada keperluan untuk beliau mengangkat sumpah dengan segera. Bukannya ada perebutan kuasa," kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Mengapa perlu tergesa-gesa. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa orang yang menang pilihan raya itu akan terburu-buru datang dan berbahas dengan Speaker dan angkat sumpah.
"Mana tahu dia mahu pergi holiday kah, pergi umrah kah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau ditanya sama ada Wakil Rakyat Permatang Pauh akan mengangkat sumpah jawatan sebaik memenangi pilihan raya tersebut esok.
Dewan Rakyat sedang bersidang ketika ini.
Pandikar Amin menjelaskan beliau akan menunggu notis rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlebih dahulu sebelum menetapkan tarikh dengan persetujuan Wakil Rakyat Permatang Pauh yang baru untuk mengangkat sumpah.
Tiada tempoh masa tertentu ditetapkan untuk acara mengangkat sumpah itu.
"
Pilihan raya kecil Permatang Pauh akan ditandingi oleh calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) and Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).
Mengenai isu korum persidangan Dewan Rakyat, Pandikar Amin berkata isu tidak cukup korum dalam persidangan hari ini tidak timbul kerana korum memerlukan 26 anggota Dewan yang hadir sedangkan 28 anggota yang menghadirinya.
Beliau bagaimanapun berkata jumlah korum sepatutnya meningkat dengan bertambahnya bilangan Anggota Parlimen.
"Tiada pindaan kepada peraturan mesyuarat. Sementara ia masih ada, ia masih menjadi prosedur," katanya mengulas kenyataan Anggota Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang mengenai jumlah kehadiran Anggota Parlimen yang sedikit hari ini.
"Oleh kerana beliau membuat kenyataan,
Jumlah Anggota Parlimen kini meningkat kepada 222 orang berbading 219 orang pada 2004 dan 193 orang pada 1999. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan