Iklan ada arak: Muslimat mahu kerajaan bertindak
Saidah Hairan
SHAH ALAM - Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap akhbar Berita Harian kerana menyiarkan iklan yang tidak bermoral dan menjatuhkan imej umat Islam.
Desakan itu dibuat oleh Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan berikutan akhbar tersebut menyiarkan iklan wanita yang didakwa sedang minum minuman keras di sebuah restoran Melayu di Kuala Lumpur.
Iklan tersebut tercatat; `Berbuka puasa dalam suasana hutan semula jadi' di restoran mandi-mandi, Ampang, Selangor.
Menurut beliau, iklan tersebut secara jelas menghina umat Islam kerana di sebelah meja terhidang botol arak dan terpapar perkataan berbuka puasa.
Beliau mempersoalkan pihak akhbar Berita Harian langsung tidak memikirkan sensitiviti umat Islam tetapi hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
"Kita tahu bahawa minuman keras itu haram bagi umat Islam, mengapa pihak akhbar tidak sensitif dalam hal ini," katanya.
Beliau berharap kerajaan wajar mengambil tindakan tegas bagi mengelak perkara yang sama berulang.- lanh _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan