Suara KeADILan
PERMATANG PAUH- Sekumpulan pekerja yang tertindas dan dibuang kerja oleh majikan tanpa pampasan semalam berpuas hati setelah menemui calon KeADILan Anwar Ibrahim di Yayasan Aman semalam.
Sikap prihatin Anwar itu, memberi harapan kepada para pekerja berkenaan untuk mengubah kerajaan kelak, dan yakin dengan kepimpinan Anwar sekiranya mentadbir negara dengan perubahan kerajaan persekutuan.
Dalam pertemuan berkenaan, turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusof Rawa.
Anwar turut memuji usaha kerajaan Perak dan Kijang Care yang membantu bagi meringankan beban 400 pekerja berkenaan dan beliau mengatakan tindakan kilang tersebut amatlah mengejutkan.
“Usaha Kerajaan Perak untuk meringankan beban 400 pekerja disamping bantuan Kijang Care wajar dipuji serta dicontohi. Tindakan kilang tersebut membuang perkerjanya dengan notis 24 jam amatlah mengejutkan dan ternyata tidak bertanggungjawab. Saya menyeru agar tindakan dan langkah yang sewajarnya diambil,” katanya.
400 pekerja berkenaan adalah bekas pekerja Kilang Elektronik Nikko, kes mereka akan dibawa ke mahkamah pada 25 Ogis ubu dan akan dikendalikan secara percuma oleh MTUC Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan