Ahad, 1 Mac 2020

Muhyiddin bukan PM sebenar: Tun M

azrul hakimie

 

Dakwa Presiden Bersatu itu tidak dapat sokongan majoriti Parlimen


KUALA LUMPUR – Tidak sampai dua jam sebelum majlis angkat sumpah Perdana Menteri yang baharu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah PM yang sebenar kerana beliau tidak mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen.

Dr Mahathir, Perdana Menteri Interim memberitahu persidangan akhbar bahawa sebaliknya beliau mendapat sokongan majoriti daripada 114 Ahli Parlimen, hasil daripada gabungan Pakatan Harapan, Warisan dan beberapa Anggota Parlimen bebas, sesetengahnya daripada parti beliau sendiri, Bersatu.

“Tan Sri Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri baharu,” katanya pada persidangan akhbar yang diadakan di Yayasan Albukhary di sini.-Bernama


Tiada ulasan: