Sabtu, 14 Januari 2017

Pelajar perempuan suspek ke-5 ditahan fitnah Adenan

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
KUCHING: Seorang lagi individu yang juga pelajar sekolah menengah ditahan hari ini atas dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, pelajar perempuan itu berumur 17 tahun yang menggunakan nama samaran di Facebook “Zera Zera” ditahan polis Mukah pada jam 10.45 pagi tadi.
 
“Kesnya sedang disiasat CID Bintulu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Beliau berkata, sehingga hari ini, sebanyak 40 laporan dibuat di 12 daerah polis dengan siasatan sedang dijalankan ke atas 7 laporan.
 
“Setakat ini, 5 individu ditahan polis Sarawak kerana memuat naik kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Adenan,” katanya.
 
Adenan, 72, meninggal dunia pada Rabu lalu akibat komplikasi jantung

Tiada ulasan: