Ahad, 1 Januari 2017

Liow akan bincang dengan PM isu peruntukan sekolah Cina

 
 

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau akan membawa isuperuntukan untuk sekolah-sekolah rendah Cina kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dari masa ke semasa, dan akan membuat susulan tidak lama lagi untuk memastikan RM50 juta yang diperuntukkan untuk sekolah Cina akan dikeluarkan.

"Dari masa ke semasa, kami telah berbincang dengan perdana menteri. Kami akan terus membuat susulan dengan perdana menteri mengenai isu ini,"katanya kepada pemberita di Rawang hari ini ketika ditanya bila perbincangan itu akan diadakan.

Dua minggu lalu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mengesahkan laporan media bahawa kementeriannya telah mengehadkan akses peruntukan tahunan RM50 juta disebabkan kekurangan dana.
Wang itu bertujuan bagi penyenggaraan dan pembangunan sekolah-sekolah Cina.

China Press memetik Mahdzi sebagair berkata perkara itu boleh diselesaikan dalam minggu terakhir 2016. Jika tidak, sekolah perlu "mengambil apa yang ada".

Menurut Timbalan Mahdzir, Chong Sin Woon minggu lalu, MCA menegaskan bahawa kerajaan perlu membuat pembayaran penuh RM50 juta yang diperuntukkan untuk sekolah-sekolah berkenaan, dan parti itu telah menolak pembayaran separuh daripada dana berkenaan.

Tiada ulasan: