MANJUNG: Seorang lelaki cedera selepas sebuah kren tumbang menghempap
sebuah lori di tapak projek syarikat janakuasa milik Tenaga Nasional
Berhad (TNB), Manjung 5 Sdn Bhd, Manjung, Perak semalam.
TNB dalam kenyataannya berkata dalam kejadian pukul 11.10 pagi itu,
mangsa yang berada dalam lori hanya mengalami kecederaan ringan.
"Mangsa cedera selepas melompat keluar dari lori dan terjatuh ke dalam
longkang. Dia telah mendapatkan rawatan di hospital," kata TNB sambil
menafikan dakwaan di laman sosial kononnya dua maut dan lima cedera
dalam kejadian itu.
Menurut kenyataan itu lagi, siasatan awal mendapati pengendali kren
tidak menggunakan besi pengimbang semasa menjalankan kerja mengangkat
beban yang menyebabkan kren tersebut berada dalam keadaan tidak stabil.
"Kerja pembinaan di kawasan itu adalah di bawah selenggaraan kontraktor
yang dilantik. Siasatan lanjut sedang dijalankan," kata TNB sambil
menjelaskan kejadian itu dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Perak.
Gambar kren tumbang yang menghempap lori itu menjadi tular di laman sosial semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan