Isnin, 23 Januari 2017

Kain kapan masih elok selepas 16 tahun dikebumikan

Kain kafan masih elok selepas 16 tahun dikebumikan
Penduduk bersama-sama memperbaiki kawasan tanah perkuburan yang rosak akibat dibawa air deras.

TUMPAT - Kebesaran ALLAH disebalik musibah kubur rosak apabila pasir pusara dibawa arus deras air hujan, ada tiga pusara yang masih elok kain kafannya di Tanah Perkuburan Islam Kubur Datuk di Kampung Dalam Rhu di sini.

Kejadian itu berlaku ketika penduduk kampung bergotong-royong menimbus kembali pusara yang berubah tempat, batu nisan tercabut dan belindan pecah sejak semalam lagi.

Imam Masjid Ismaili Tumpat, Mazlan Besar berkata, apa yang berlaku adalah kuasa Allah memperlihatkan kain kafan yang masih elok sedangkan jasad itu dikebumikan 16 tahun lalu.

"Tapi sebelum diperlihat oleh orang ramai saya tutup (kambus) cepat-cepat kain kafan itu.

"Itu semua kuasa Allah, di sini tanah perkuburan yang jenazahnya ditanam hanya tiga hingga empat kaki kerana faktor tanah," katanya.

Kelmarin dilaporkan arus deras air hujan yang bertakung memasuki Tanah Perkuburan Islam Kubur Datuk menyebabkan lebih 100  kubur rosak.

Tiada ulasan: