shahbudindotcom
Ketika
Felda dipengerusikan oleh Isa Samad, agensi itu sibuk membeli banyak
hotel serta hartanah di dalam dan luar negara. Di London saja, Felda
membeli dua hotel ketika era Isa Samad.
Dengan
bangganya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah mengumumkan
bahawa Felda sudah memiliki 12 hartanah di dalam dan luar negara.
Tumpang
seronoklah para peneroka dengan berita itu kerana ia dikhabarkan turut
menandakan kejayaan mereka, di samping mampu menambah pendapatan Felda,
meskipun mustahil bagi peneroka di Jempol atau Pengerang misalnya, untuk
menjejakkan kaki hingga ke London sama.
Tetapi,
sebaik saja tempat Isa Samad di Felda digantikan dengan Shahrir Samad,
beliau kini sibuk pula mahu menjual hotel dan hartanah tersebut.
Tidak saja hotel di London, bahkan Shahrir memberitahu, lebih banyak aset dan hartanah Felda akan dijual pada tahun ini.
Alasannya, Felda mahu mengukuhkan aliran tunai, selain aset-aset tersebut tidak dikatakan memberi pulangan yang baik.
Selain itu, tambah Shahrir lagi, aset-aset di luar negara itu tidak mempunyai "nilai sentimental" kepada rakyat negara ini.
Kalau tidak memberi pulangan yang baik, tujuan membeli dulu atas sebab apa?
Pokoknya, antara dua anak "Pak Samad" ini, yang dulu sibuk membeli, yang mengganti sibuk menjual.
Kata
orang-orang di kedai kopi, kalau ketika membeli mungkin ada pihak-pihak
tertentu akan mendapat komisyennya, ketika menjualnya kembali, adakah
pihak lain pula akan mendapat komisyen juga?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan