Khamis, 18 Disember 2014

Zahid: Selain Allah, biar PM nilai kami

MALAYSIAKINI


 


Selain Allah, hanya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang boleh menentukan prestasi beliau dan dua naib presiden Umno, kata Datuk Seri Zahid Hamidi.

“(Soal) penilaian, yang paling berhak adalah perdana menteri sendiri.

"Bagaimanapun, saya menghormati pandangan ahli akademik,” kata naib presiden Umno itu yang juga menteri dalam negeri itu.

Dua lagi penyandang jawatan naib presiden Umno ialah Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Manakala perlembagaan Umno meletakkan penyandang jawatan ketua Wanita dan Pemuda Umno bertaraf naib presiden.

Beliau diminta mengulas pandangan ahli akademik terkenal Prof Jayum Jawan bahawa berkata tiga naib presiden Umno belum layak menggantikan tempat Najib kerana belum mencapai standard.

Isu itu timbul selepas mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamad berkata ramai pemimpin dalam Umno layak menggantikan Najib sebagai perdana menteri tetapi tidak diberi peluang.

Tiada ulasan: