Sabtu, 13 Disember 2014

Seri Mentaloon: Mahfuz akan dedah kontraktor 16 Dis

BASHIR ISHAK 


POKOK SENA: Samalam, genap seminggu Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan kontraktor yang dilantik untuk projek lanskap di kediaman rasminya, di Seri Mentaloon.

Namun begitu sehingga semalam, pendedahan yang dinantikan itu masih belum dibuat oleh Mukhriz.

Justeru, menurut Mahfuz, beliau sendiri akan membuat pendedahan terbabit pada hari Selasa, 16 Disember ini.

"Berkaitan dengan isu ini, selepas seminggu, seperti yang saya janjikan tempoh hari untuk saya dedahkan nama syarikat kontraktor itu dan saya akan dedahkannya pada hari Selasa ini.

"Kita akan adakan sidang media bertempat di pasaraya Mydin Alor Mengkudu, Alor Setar sempena program 'Jom Shopping Bersama Anak-anak Yatim' pada jam 10 pagi," kataya kepada pemberita seusai majlis penyampaian Bantuan Persekolahan peringkat Dun Bukit Lada di Bandar Baru Pokok Sena di sini semalam.

Minggu lalu, Mahfuz membuat cabaran terebut kepada Mukhriz sebagai respons kepada isu pengubahsuaian di Seri Mentaloon membabitkan kos RM4.3 juta iaitu rumah kediaman sebanyak RM1.4 juta dan bahagian lanskap sebanyak RM2.9 juta.

Mukhriz dalam ucapan penggulungan perbahasan bajet semasa Sidang Dun Kedah baru-baru ini menjelaskan projek pengubahsuaian Seri Mentaloon diberikan kepada 'abang Ahli Parlimen Pokok Sena'.

Bagaimanapun menurut Mahfuz, persalan yang dibangkitkan bukanlah kerana ianya membabitkan nama abang beliau, sebaliknya kewajaran untuk Sri Mentaloon diubahsuai dengan kos terbabit.

"Sedangkan ianya sudah dibaikpulih untuk dijadikan istana tetamu menyambut Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Brunei pada tahun 2011. Bukan kerana bang saya yang dapat projek itu, kerana projek yang dia perolehi ini dibuat secara telus melalui JKR. Saya tak kisahpun kerana saya tidak ada kena mengena dan saya tak kisahpun kalau ianya diberikan kepada kontraktor Umno.

"Tapi yang kita pertikaikan ialah kewajaran untuk kediaman rasmi ini diubahsuai semula," jelas beliau. - HARKAHDAILY

Tiada ulasan: