SHAH ALAM: Pelakon jelita popular, Sari Yanti akhirnya bercerai dengan
ahli perniagaan, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain setelah lima tahun
mendirikan rumah tangga.
Pasangan yang berkahwin pada 16 Januari 2009 diputuskan sah bercerai secara tebus talak.
Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini semalam diberitahu bahawa
pasangan itu telah bercerai secara tebus talak sebanyak RM10,000 di
Mahkamah Syariah Seremban, Khamis lalu.
Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Mohd. Edy Casmadi
memberitahu perkara itu kepada Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah
ketika perbicaraan kes nusyuz (kembali taat) pelakon itu semalam.
Tebus talak sebanyak RM10,000 itu dibayar oleh Sari Yanti atau nama
sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, kepada Mohd. Edy Casmadi, 34.
Fakhrul Azman kemudian memohon perbicaraan nusyuz itu ditangguhkan bagi
membolehkan kedua-dua pihak mencari penyelesaian secara baik berhubung
kes itu.
Abd. Halim kemudian menetapkan 9 Februari tahun depan untuk perbicaraan
kes itu sekiranya tidak ada penyelesaian antara pasangan itu.
Kedua-kedua pasangan itu tidak hadir pada prosiding itu dan Sari Yanti hanya diwakili peguam syarienya, Marlina Amir Hamzah.
Sari Yanti memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah
Seremban, Negeri Sembilan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam 2003 pada 25 Februari lalu.
Mohd. Edy Casmadi yang merupakan ahli perniagaan kemudian memfailkan
permohonan nusyuz ke atas artis tersebut pada 7 Mac lalu di bawah
Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2003.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua anak lelaki, Barr Al Aly, 4, dan Basit Al-Haq, 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan