Malaysia sebuah negara berbilang
kaum dan sebagai sebuah negara yang unik ia banyak perbezaannya dengan banyak
negara dan wilayah yang berkerajaan lain di dunia ini. Malaysia
mempunyai rakyat berbilang kaum dan telah merdeka sejak tahun 1957 lagi. Kini
sudah 58 tahu kita merdeka dan dalam jangka masa yang agak panjang ini dunia
dapat memahami keunikan yang ada kepada kita.
Diantara keunikan yang jelas
terlihat ialah rakyat negara ini adalah rakyat yang baik hati yang kadangkala
dianggap sebagai rakyat yang lesu dan tidak bermaya. Mereka tidak mudah
merasakan apa-apa yang dilakukan terhadap mereka walaupun banyak perkarqa yang
tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Rakyat negara ini adalah rakyat
yang boleh diperlakukan apa sahaja oleh pihak yang memerintah mereka.
Mereka adalah rakyat yang pemaaf
sifatnya. Walaupun berbagai-bagai skandal terhadap kewangan dan harta benda
negara yang mereka punyai ini, yang memimpin mereka tetap berada ditampok kuasa
tanpa banyak masalah. Skandal kewangan yang dalam jumlah berpuluh-puluh billion
jumlahnya boleh dilakukan oleh kerajaan yang memimpin mereka. mereka tetap
tidak merasai apa-apa kerana mumngkin mereka mendapatkan negara merdeka mereka
tanpa banyak pertumpahan darah dan mendapatnya dengan begitu senang secara ‘comparative’
nya dengan negara-negara lain yang mendapatkan kemerdekaan mereka.
Jika skandal seperti yang berlaku
dinegara ini berlaku di negara Jepun misalnya, kerajaan kita sudah sepatutnya
bertukar tangan puluhan kali sejak merdeka. Negara Jepun pernah menukar Perdana
Menterinya dua kali dalam setahun. Pertukaran itu terjadi hanya kerana kesilapan yang dianggap jauh lebih
kecil berbanding dengan apa yang berlaku dinegara kita. Negara itu tetap utuh
walaupun Perdana Menterinya bertukar ganti dalam jangka masa yang singkat.
Kerajaannya tetap berjalan kerana kerajaan dipandu oleh sistem yang baik dan
bukannya oleh individu pemimpin yang boleh melakukan segala-galanya mengikut
‘whim and fancies’mereka.
Dinegara kita telah berlaku
banyak kali kes pembunuhan yang tidak ada ‘criminal’nya. Pembunuhan itu berlaku
seolah-olah berlaku tanpa pembunuhnya. Pada pertengah tahun lapan puluhan
dahulu saya mengenali seorang wanita yang dibunuhnya dan sampai kehari ini
tidak tahu siapa yang membunuhnya. Mustakizah yang saya kenali dibunuh dan
dalam proses siasatannya semua mereka yang dianggap sebagai saksi yang mersik
telah sama-sama mati seorang demi seorang juga dengan pembunuhan.
Altantuya, gadis Monggolia mati
dan jasadnya dihancurkan dengan menggunakan bom C4 dengan niat untuk
menghilangkan bukti pembunuhan itu, tetapi sampai kehari ini tidak tahu siapa
yang membuatkan dua orang anggota keselamatan kita membunuhnya. Di mahkamah
tidak pernah disoal dua anggota keselamatan itu siapa yang mengarahkan
pembunuhan itu.
Pendeknya tidak ada usaha untuk
mencari dan mengenal pasti motif pembunuhan itu. Semuanya ini dilakukan
dihadapan mata dan kepala rakyat dan rakyat hidup seperti sedia kala tanpa
merasakan rasa bersalah membiarkan keadaan sebegini berlaku.
Skandal pembunuhan ini diiringi
oleh begitu banyak skandal kewangan dan jenayah yang besar yang tidak pernah
berlaku di negara lain yang pemimpinnya masih kekal ditampuk kuasa. 1MDB sudah
nyata begitu meragukan ketelusan cara pengendaliannya. Hutang yang hampir RM40
billion itu merupakan skandal yang terbesar bukan sahaja dalam sejarah negara
tertapi juga dalam sejarah dunia modern ini. Ia lebih besar dari sejarah
kerugian RM36 billion yang dialami oleh negara dalam ‘business’ yang dilakukan
oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pertukaran wang asing pada tahun sembilan
puluhan dahulu.
Dengan berlakunya skandal yang
berskala puluhan billion ringgit ini maka kerugian dalam isu Maminco dahulu
yang melibatkan kerugian RM600 juta itu sudah dianggap kerugian yang kecil
ibarat sekecil tahi kuku sahaja kepada negara dan pemimpinnya. Banyak lagi
kerugian yang disengajakan dilakukan yang melibatkan ratusan juta berlaku
tetapi pimpinan tetap selamat berada ditanpuk kuasa tanpa masalah tanpa sesiapa
yang mengambil ‘accountability’ terhadap kejadian yang mengerikan itu.
Ratusan billion ringgit wang dan
harta rakyat telah hilang ‘dilongkang’ kerana kerajaan yang tidak
bertanggungjawab dan ‘accountable’.. Tetapi oleh kerana rakyat begitu pemaaf
maka perkara seperti ini berulang-ulang berlaku kerana kebaikan dan sifat
pemaaf rakyat itu diambil sebagai kelemahan oleh pemimpin-pemimpin kita yang
serong hati dan jiwanya itu. Perlakuan yang menjijikan itu dilakukan tanpa
segan dan silu seolah-olah tidak ada undang-undang atau syariat agama yang
melarangnya.
Sudah menjadi budaya yang setiap
pemimpin apabila berada dipesada kuasa ‘mencari duit luar’ melalui jawatan dan
kuasa yang dipegang mereka itu sudah menjadi sebati dalam jiwa mereka. Budaya
‘Mencari duit luar’ ini sudah menjadi amalan yang dihalakan. Inilah yang
menyebabkan pemimpin kita tidak dapat membuat keputusan yang betul walaupun
dasar yang baik itu jelas wujud. Mengimplementasikan dasar yang baik itulah
yang menjadi masalah kerana kepentingan ‘duit luar’ mereka itu mengganggu daya
pertimbangan mereka dalam membuat keputusan yang betul.
Keadaan sekarang sudah terlalu
lama di tanggung oleh rakyat dan rakyat juga ada had kesabaran mereka. Situasi
buruk ini sekarang sudah sampai ketahap yang tidak boleh diubatkan lagi, maka
rakyat wajar membuat keputusan dan tindakan yang sepatuitnya mereka lakukan
sejak lama dahulu. UMNO perlukan perubahan yang drastik0 kerana jika parti itu
masih membiarkan ‘set’ pimpinan yang ada sekarang masih berkeliaran di
Putrajaya itu maka riwayat parti pemerintah sekarang tidak akan boleh bertahan
lagi.
Selepas ini rakyat mahu UMNO yang
dipimpin oleh ‘set’ yang baru atau memilih parti-parti alternatif yang boleh
diyakini untuk mentadbir negara dengan wajar dan bertimbang rasa terhadap
rakyat.
Ini sahajlah pilihan yang ada kepada
pemimpin UMNO jika mereka benar-benar mahu melihat UMNO itu terus relevan. Yang
UMNO masih boleh berada di Putrajaya sekarang ini hanyalah perasaan curiga dan
was-was terhadap kemampuan pembangkang kerana diantara mereka masih bercelaru
seperti yang kit baca dan dengar melalui media-media masa sekarang ini.
Rakyat pun tidak mahu
menggantikan dengan pihak yang akan menyumbang nasib yang sama kepada mereka.
Pembangkang perlu menguatkan iltizam dan benar-benar melaksanakan apa yang
mereka laungkan, bukan setakat beretorik dengan isu-isu yang lama dan basi
sahaja.
Jika perjuangan mereka melaungkan
keperbilangan kaum, perlaksanaannya perlu ‘real’ dan bukan hanya tipu helah dan
muslihat yang mengelirukan ramai semata-mata untuk mendapatkan kuasa dan menangguk
di air yang keruh.
Tetapi jika UMNO dapat melakukan
perubahan drastic sekarang ini maka ia merupakan keadaan yang sangat berfaedah
kepada rakyat. Perubahan dan transformasi itu pun perlu benar dan real, bukan
setakat berucap dengan gegaran suara yang lantang seperti halalintar yang kuat
sahaja.
Rakyat sudah kenyang dengan tipu
muslihat dan janji kosong semua pihak selama ini. Kali ini siapa yang boleh
berubah dahulu dengan ‘real’ mereka lah yang selayaknya mentadbir negara yang
telah terabai sejak dua tiga dekad yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan