Khamis, 18 Disember 2014

Polis akan panggil lima wartawan BFM

MALAYSIAKINI


 


Polis mengesahkan bahawa pasukan itu akan memanggil kesemua lima orang wartawan stesen radio BFM yang dinamakan dalam laporan polis oleh beberapa NGO Islam.

Timbalan ketua jawatan siasatan jenayah Kuala Lumpur, Khairi Ahrasa memberitahu Malaysiakini bahawa kesemua yang dinamakan itu akan dipanggil untuk siasatan.

"Kita akan mengikut laporan. Sesiapa yang dinamakan dalam laporan itu, kita akan panggil mereka,” katanya.

Lima individu yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah Sharaad Kuttan, Umapagan Ampikaipakan, Ezra Zaid, Patrick Teoh dan Caroline Oh.

Tiada ulasan: