Selasa, 16 Disember 2014

Pelakon berstatus janda ditangkap khalwat

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Seorang pelakon yang sinonim dengan filem dan drama seram dikatakan ditangkap khalwat dengan suami orang.
 
Portal hiburan Astro Gempak hari ini mendedahkan identiti pelakon tersebut yang merupakan janda anak beranak tiga.
 
Pelakon tersebut didedahkan sebagai Putri Mardiana Zainal Abidin dan pasangannya Shahrizam Abdullah.
 
Kedua-dua mereka dipercayai mula berkenalan sejak setahun yang lalu. 
 
Shahrizam yang dikenali dengan nama Ejump mempunyai seorang anak perempuan berusia 2 tahun.
 
Untuk makluman, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram kira-kira jam 3.23 pagi Ahad di kediaman pelakon tersebut di sebuah kondo di Ukay Perdana.

Tiada ulasan: