Selasa, 2 Disember 2014

NGO lapor polis kes Zaidi sebut 'keling'

MALAYSIAKINI


 


Satu NGO akan membuat siri laporan polis ke atas ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Zaidi Mohd Said atas ucapannya yang didakwa menghina masyarakat India semasa perhimpunan Agung parti berkenaan minggu lalu.

NGO Tamilar Action Force (TAF) memulakan kempen itu dengan satu laporan polis di Klang pada petang ini.

“Ini bukan hanya demi masyarakat India, tetapi buat semua,” kata jururcakapnya, S Barathidasan kepada Malaysiakini.

Setiausaha agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) itu berkata, istilah “keling” yang digunakan oleh Zaidi dalam ucapan tersebut “menyakiti dan menghina” seluruh masyarakat India di Malaysia.

“Zaidi bukan hanya menghina masyarakat India tetapi juga (menjejaskan) keharmonian di negara," kata Barathidasan.

Beliau mendesak agar polis menyiasat Zaidi mengikut Akta Hasutan dan juga Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana "sengaja menghina dengan niat untuk menjejaskan keamanan”.

Katanya lagi, kenyataan Zaidi itu juga menunjukkan bahawa perwakilan Umno tidak menghormati komponen BN lain dan juga seruan pemimpin parti untuk tidak membangkitkan isu sensitif semasa perhimpunan itu.

Dalam ucapan kontroversi itu, Zaidi antaranya berkata:

“Kita amat tidak bernasib baik kerana kita kalah dengan amat teruk di kawasan kerusi parlimen... yang kerusi, DUN, kerusi, peti undi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

“Jadi ini menunjukkan bahawa Melayu Pulau Pinang tak kiralah mamak ke, keling ke, menyokong Umno di Pulau Pinang."

Tiada ulasan: