shahbudindotcom
Jika
Perdana Menteri pertama itu didapati memanggil rakan-rakannya bermain
poker ketika api pergaduhan kaum sedang marak di Chow Kit dan Kampung
Baru dalam peristiwa 13 Mei 1969, Najib pula tetap meneruskan agenda
percutiannya ke luar negara biar pun pelbagai isu sedang melanda negara
ketika ini.
Najib
ketika ini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Korea Selatan dan
beberapa hari selepas itu dikatakan terus bercuti panjang sehingga 6 Januari 2015.
Pada 1 Ogos lalu,
iaitu pada Hari Raya ketiga dan sehari selepas mengadakan lawatan rasmi
ke Belanda berhubung isu MH17, beliau juga didapati bercuti panjang
sehingga 15 Ogos.
Sebagaimana
yang didedahkan oleh Asia Sentinel, di sebalik membatalkan jamuan Hari
Rayanya, Najib didapati bercuti di beberapa bandar Eropah seperti Paris,
Sardinia (Italy), Cannes, Rom dan London bersama sekumpulan ahli
perniagaan Cina, jutawan playboy Taek Jho Low serta bekas Perdana
Menteri Qatar.
Hanya
dalam tempoh kira-kira empat bulan saja selepas percutiannya yang
terakhir, Najib sekali lagi mengambil cuti dan berehat di luar negara.
Tahun-tahun
sebelumnya juga, meskipun era pemerintahannya sentiasa diselubungi
banyak masalah, Najib dan keluarganya sentiasa meluangkan masa untuk
bercuti.
Dengan
ini, tidak diragui lagi bahawa daripada semua Perdana Menteri, Najiblah
yang paling "enjoy" dan bergembira dengan jawatannya. Beliau dan
keluarganya, disebalik pelbagai kecaman dan kekalutan yang berlaku dalam
negara, didapati terus bergembira dengan segala macam kemudahan yang
hadir bersama jawatan Perdana Menteri yang disandangnya.
Cuti
tetap cuti dan semua yang berlaku dalam negara seperti prestasi
kerajaan yang dipertikai, sokongan rakyat yang terus merosot, kritikan
Mahathir yang berterusan serta 1001 isu lainnya, langsung tidak
mengganggu perancangannya untuk bercuti dan bergembira.
Sebelum
ini, ketika timbul isu pembaziran dan kemewahan yang melibatkan isteri
dan keluarganya, ia juga tidak mengganggu untuk terus berbelanja mewah
sehingga satu demi satu "kebejatan" keluarga Perdana Menteri didedahkan
kepada umum.
Tidakkah ini menunjukkan Najib seorang pemimpin yang mementingkan kegembiraan dalam hidupnya?
Berbanding
Mahathir yang pernah tidak bercuti selama beberapa tahun ketika suasana
dalam negara tidak begitu menggalakkan suatu waktu dahulu dan kemudian
bercuti panjang selama dua bulan apabila keadaan negara terkawal, Najib
seolah-olah tidak sedia menangguhkan kegembiraannya yang sebenarnya
tidaklah lebih utama daripada amanah yang dipikulnya.
Sebagaimana
dalam ucapan di Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu, di samping
menyatakan kebimbangan bahawa hanya dengan merosotnya sokongan pengundi
sebanyak 2 peratus saja sudah boleh menyebabkan UMNO dan BN hilang kuasa
dalam PRU 14, Muhyiddin Yassin turut menyatakan bahawa beliau dan Najib
akan mengurangkan program-program ke luar negara bagi memberi lebih
tumpuan kepada masalah dalam negara.
Ketika
pewakilan UMNO di Dewan Merdeka bertepuk dan bergembira dengan
perkhabaran itu yang seolah-olah menunjukkan keprihatinan sebagai
pemimpin, sejurus kemudian semuanya "terbarai" apabila didapati
Muhyiddin pergi China manakala Najib pula ke Korea Selatan.
Dan
ini juga bukanlah kali pertama Najib dan Muhyiddin tidak berada dalam
negara secara serentak, malah disambung pula dengan percutian Perdana
Menteri sehingga 6 Januari 2015 tidak ubah seperti memandang "enteng" semua masalah dan kekalutan dalam negara.
Adakah
Najib tidak bimbang dengan kedudukan UMNO dan BN yang kian merosot
ketika ini yang ditambah dengan kritikan berterusan daripada Mahathir
terhadapnya?
Apakah Najib juga tidak bimbang UMNO akan kalah dan kemungkinan BN menjadi pembangkang selepas ini?
Atau
Najib memang tidak peduli dengan nasib dan masa depan UMNO selepas ini
kerana sekurang-kurangnya beliau sudah merasa menduduki kerusi Perdana
Menteri yang menjadi buruan ramai pemimpin itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan