Oleh: NAEEM RAFFI
SABAK BERNAM: Selangor berjaya menjadi negeri penyumbang tertinggi bagi hasil pertanian negara apabila mengeluarkan 42.7 peratus atau RM32 juta daripada jumlah keseluruhan keluaran pertanian negara.
Selain itu, Selangor turut menerajui pengeluaran padi negara apabila merekodkan hasil purata pengeluaran padi 6.4 juta tan setahun dengan keluasan kawasan penanaman padi seluas 19,857.47 hektar berbanding pengeluaran hasil padi negara 4.4 tan setahun.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata kejayaan ini dicapai hasil usaha gigih petani disamping penggunaan teknologi moden dengan bimbingan jabatan berkaitan.
“Biarpun Selangor mempunyai bidang tanah terhad dalam sektor pertanian tetapi kita membuktikan hasil dan pencapaian tinggi masih boleh diperolehi dengan memaksimakan setiap ruang yang ada dengan penggunaan segala teknologi dan inovasi terkini.
“Kita perlu mencontohi Belanda, sebuah negara yang lebih kecil dari Pahang tetapi mampu menjadi negara kedua terbesar di dunia dalam sektor pertanian. Tidak mustahil Selangor akan menjadi peneraju sektor ini dirantau asia sekiranya usaha kearah itu digembeleng bersungguh-sungguh dari semua pihak yang terlibat,” kata Mohamed Azmin.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Agrofest Selangor 2014 di Stadium Sungai Besar, di sini.
Hadir sama, Exco Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Mohamad Roslan Sakiman.
Mengulas lanjut Mohamed Azmin berkata, bagi 2015 Kerajaan Negeri memperuntukkan RM14.47 juta untuk pembangunan sektor pertanian manakala RM15.3 juta khusus bagi pembangunan nelayan dan petani.
“Kerajaan Negeri mengambil berat pembangunan sektor pertanian negeri dan kita berharap dengan dokongan seperti itu KDNK pertanian negeri yang setakat ini berada sekitar 2 peratus dapat ditingkatkan kepada 2.5 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya.
Pada majlis sama, Mohamed Azmin turut menyampaikan hadiah kepada penerima anugerah petani, penternak dan nelayan Selangor 2014.
Pemenang bagi kategori usahawan ternakan, usahawan akuakultur, usahawan tanaman dan usahawan industri asas tani terbaik masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 diikuti di tempat kedua RM4,000 dan ketiga RM3,000 dengan masing-masing diiringi piala dan sijil perhargaan.
Sementara itu, Kumpulan MJ Fatonah, dari Kampung Teluk Penyamun, Bestari Jaya, di sini dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Khas Selangor Agrofest 2014 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta piala dan sijil perhargaan.
Agrofest Selangor 2014 yang diadakan kali keempat sejak 2011 merupakan acara tahunan yang menghimpunkan gerai-gerai pameran hasil pertanian, penternakan, agrikultur, produk industri asas tani dan lain-lain yang mempunyai kaitan dengan pertanian.
Selain pameran haiwan ternak, pameran rangka ikan paus jenis ‘Balaenoptera borealis’ yang dijumpai terdampar di Pulau Carey pada 2005 dijangka mencuri tumpuan pengunjung dalam program yang berlangsung dari 18 hingga 22 Disember itu .EZY

Tiada ulasan:
Catat Ulasan