Selasa, 16 Disember 2014

Lim bangkitkan 'diam mencurigakan' IGP, menteri

MALAYSIAKINI


 


Ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kenapa ketua polis negara dan menteri dalam negeri sedang “senyap yang mencurigakan” daripada mengulas isu rampasan 31 gita puja daripada paderi Katolik di Johor.

“Mereka yang selalu memberi komen segera berkaitan perkara bawah tanggungjawabnya kini senyap yang mencurigakan terhadap isu yang sudah sepuluh hari berlalu,” kata Lim.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim menggesa pihak polis lebih peka dan menghormati sensitiviti agama di negara ini.

“Polis mesti ambil pengajaran daripada episod buruk ini dan patut lebih sensitif berhubung hak dan sensitiviti masyarakat plural pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya,” kata Lim.

Polis Johor sebelum ini berkata telah merujuk kes rampasan 30 kitab Kristian itu kepada timbalan pendakwa raya (DPP).

Timbalan CID Johor Dennis Lim mengesahkan bahawa beliau kini menunggu arahan lanjut sama ada ia patut dipulangkan atau sebaliknya.

The Malaysian Insider melaporkan bahawa naskhah kitab berjudul Mari Kita Memuji Allah Kita dirampas daripada paderi Cyril Mannayagam pada 5 Disember.

Tiada ulasan: