Rabu, 10 Disember 2014

Kenaikan Harga Ubat Farmasi di Malaysia Naik Lagi Tahun 2015 Sejumlah 10%-40%! Apa Kata Anda?




harga ubat 2015



Kenaikan Harga Ubat Farmasi di Malaysia Naik Lagi Tahun 2015 Sejumlah 10%-40%! Apa Kata Anda? : Jikalau diperhatikan promosikan oleh kerajaan Malaysia mengenai pelaksanaan GST, semuanya indah-indah belaka. Tiada apa yang lebih baik, selain daripada ayat harga pasti turun selepas pelaksanaan GSt dan juga ubat akan dikecualikan daripada GST. Tiba-tiba….

Berita terkini yang Berita Semasa terima dari Komuniti Farmasi Malaysia (MCPG) mengatakan akan berlakunya kenaikan harga ubat di Malaysia naik antara 10%-40%. Sudah bersedia semua?
  • Berdasarkan rekod, kenaikan harga ubat farmasi di Malaysia naik 2014 adalah antara 20% hingga 50% yang mana
  • perubahan dan kenaikan harga ubat naik telah berlaku 2 kali dalam tempoh hanya 12 bulan
  • Kenaikan harga ubat di Malaysia akan naik lagi untuk tahun 2015 antara 10%-40%
  • Punca kenaikan penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015
  • Komuniti Farmasi Malaysia (MCPG) yang mewakili 2,000 farmasi dan 2,500 ahli farmasi mahukan
  • Kerajaan perlu kawal kos perubatan di Malaysia
KLIK SINI : Kenaikan Insurans Kenderaan (Kereta, Motor & Lain-lain) 
Naik 2014 Sebanyak 15%!! Apa Kata Pemilik Kenderaan?
 

Faktor Punca Kenaikan Harga Ubat Farmasi Naik di Malaysia?

Selain GST apa lagi pun kenaikan harga ubat farmasi naik di Malaysia ialah :
  1. peningkatan kos bahan mentah
  2. peningkatan kos peralatan
  3. kenaikan kos pekerja, buruh & kakitangan
  4. serta pertukaran mata wang Malaysia yang lemah
Hakikatnya, kos ubat di Malaysia telah melonjak naik lebih tinggi daripada kadar inflasi di Malaysia. Itu baru GST, belum lagi kesan “berbahaya” apabila kerajaan tandatangan TPPA kelak.

TPPA adalah rancangan jahat Amerika yang mana melalui perjanjian TPPA, Malaysia sama sekali tidak lagi boleh beli ubat murah daripada India. Ubat ubatan kita akan jadi patent USA. Farmaseutikal adalah salah satu aset besar US untuk kawal sistem kesihatan Malaysia.

KLIK SINI : GST Malaysia : Kenaikan Harga Barang Naik di Malaysia 
Hanya 1.8% Sahaja. Ini Jaminan Kerajaan! Berpuas Hati?

TPPA secara halusnya, meletakkan Amerika mempunyai kuasa 100% daripada segi pembangunan dan ekonomi Malaysia.

GST + TPPA : harga ubat?

P/S : Siapa ada ambil insuran? Pasti ada kalangan yang sudah menerima makluman daripada syarikat insuran mengenai kenaikan kos bulanan. Yang belum terima nantikan kelak…

Tiada ulasan: