Roketkini.com.
PULAU PINANG: Kerajaan Pula Pinang menolak cadangan
Pusat untuk menguatkuasakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
terhadap dua jambatan di negeri ini yang turut akan menyebabkan kenaikan
kadar tol.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, berkata langkah
dibuat kerajaan Pusat itu akan membebankan kira-kira 1.6 juta penduduk
di negeri ini.
“Salinan asal (senarai cukai GST) menyebut bahawa jambatan bertol bersama dan lebuhraya dikecualikan dari GST.
“Tapi, dalam senarai baru tol jambatan sudah tidak disebut lagi dari pengecualian itu.” ujar Guan Eng.
November lalu, Jabatan Kastam dalam takilmatnya menyatakan jambatan bertol akan dikenakan GST mulai 1 April 2015.
Selain dua jambatan di Pulau Pinang, GST akan turut dikenakan keatas dua jambatan di Johor iaitu Linkedua dan Tambak Johor.
Ujar Lim, penguatkuasaan GST keatas jambatan di kedua
negeri tersebut akan turut mewujudkan kesan rantaian terhadap kos
pengangkutan bagi kenderaan yang membawa barangan.
“Kami akan menulis surat rasmi untuk minta penjelasan tentang pengecualian yang dibatalkan oleh kerajaan pusat.
“Hal (pembatalan pengecualian) ini harus dibetulkan segera.” kata Lim lagi.- Roketkini.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan