Isnin, 1 Disember 2014

Diskriminasi Dayak dalam perkhidmatan awam, 1Malaysia slogan kosong

dayak_sarawak

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Diskriminasi kenaikan pangkat dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap masyarakat Dayak di Sarawak bukti slogan 1Malaysia dilaungkan Datuk Seri Najib Razak hanya slogan kosong.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang meminta Najib memberi penjelasan melalui kenyataan menteri di Parlimen berhubung pendedahan Laporan Pembangunan Manusia Malaysia (MDHR) 2013.

“Senarai dimuat naik di internet menunjukkan lapan pegawai penguatkuasa Melayu dinaikkan pangkat dari Gred N27 kepada N32, manakala tiga penguatkuasa Dayak hanya disenaraikan sebagai ‘simpanan’.

“Senarai kenaikan itu mengesahkan wujudnya diskriminasi di sektor awam,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Menurutnya, keputusan itu membuktikan diskriminasi yang telah membarah dalam sektor awam dan menimbulkan kemarahan golongan profesional dan penjawat awam dari keturunan Dayak.

“Najib harus memandang serius kemarahan masyarakat Dayak dan masyarakat Kadazan, Dusun serta Murut mengenai kesaksamaan perkhidmatan awam.

“ia merupakan perkara penting yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia bahawa perkhidmatan awam Sarawak, Sabah adaah tertakluk kepada negeri masing-masing,” ujar Kit Siang.

Malah katanya, MDHR menyaksikan jabatan perkhidmatan awam persekutuan mengupah Bumiputera Sarawak dan Sabah lebih rendah.

Pada tahun 2009, hanya 4.9 peratus Bumiputera Sarawak bersamaan 1,631 orang dan 6.5 peratus Bumiputera Sabah (2,170 orang) diambil bekerja.

“Angka ini lebih rendah daripada bahagian penduduk pada kadar 8.7 peratus untuk Sarawak, dan 11 peratus untuk Sabah ,” kata Kit Siang.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menambah, di antara tahun 1970 dan 1985, tiga suku pekerjaan perkhidmatan awam diberikan kepada Melayu.

“Di kalangan birokrat yang memegang jawatan paling kanan kerajaan, 80 peratus adalah Melayu dan 6.3 peratus Cina.

“Walaupun tiada data tersedia untuk Sarawak dan Sabah bagi tempoh itu, siasatan senarai pegawa kanan kerajaan di badan berkanun negeri mendedahkan perkara sama,” kata Kit Siang. – 
Roketkini.com

Tiada ulasan: