Khamis, 18 Disember 2014

Aliran keluar modal haram Malaysia cecah RM 1.38 trilion

GFI

 Roketkini.com


IPOH: Meskipun eksport Malaysia enam kali lebih kecil dari Amerika Syarikat, tetapi rekod aliran keluar modal haram mencapai RM1.38 trillion semenjak 2003.

Manakala kedudukan Malaysia tidak pernah lebih baik, di tangga ke-21 indeks Integriti Kewangan Global (GFI) di belakang Jerman, Jepun, Perancis, Korea Selatan dan Belanda.

illicit_flows_Malaysia 

Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin berkata, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga kini tidak memberi kenyataan berhubung indeks tersebut.

“Najib senyap seribu bahasa sejak laporan tersebut dikeluarkan dua hari lalu.

“Mungkin dia hendak cari waktu sesuai untuk beri alasan-alasan kreatif bagi menolak dan merendahkan laporan GFI itu?” sindir Zhemin.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Wahid Omar dilaporkan turut menolak laporan GFI

Wahid dilaporkan berkata bahawa penjelasan berhubung perkara tersebut telah dibuat pada 2013 dan ulasan lanjut tidak perlu dilakukan

Tegas Zhemin, kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab, lepas tangan dan alasan sama untuk mengalih perhatian dari isu sebenar.

“(Sedangkan) alasan paling munasabah adalah skandal mega dan insiden korupsi yang berleluasa di bawah Kerajaan UMNO/BN.

“GFI keluarkan laporan ‘yang sama’, kerana Putrajaya tidak melakukan apa-apa terhadap laporan tersebut.

“Selama enam tahun, (kerajaan) hanya cari alasan dan menutup fakta wujudnya aliran keluar modal haram sejak laporan GFI dikeluarkan kali pertama pada 2008.

“Dengan harga minyak mentah serta nilai Ringgit Malaysia yang menurun, aliran modal yang keluar hanya menambah mimpi ngeri ekonomi Malaysia,” ujar Zhemin.

Laporan GFI boleh dilayari di laman web www.gfintegrity.org - Roketkini.com

Tiada ulasan: