Selasa, 8 Julai 2014

PASMEB buat laporan Polis isu khabar angin MB Selangor

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) akan membuat laporan Polis terhadap penyebaran laporan palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Penaja PASMEB, Mazli Saring berkata laporan Polis itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Seksyen 11 di sini pada jam 2.30 petang ini.

LOGO POLIS- 2Katanya PASMEB akan membuat laporan Polis terhadap laporan palsu yang telah disebarkan melalui whatsapp dan sms kepada umum termasuk media.

“Ini telah melibatkan pihak Istana dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kebimbangan kepada rakyat negeri Selangor.

“Semua ahli-ahli PASMEB dan rakan-rakan dimohon untuk hadir memberikan sokongan. Sekian, terima kasih,” katanya.EZY

Tiada ulasan: