Selasa, 19 Februari 2013

Umum BR1M RM1,000, Muhyiddin cuba rampas tugas Najib

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan kepada RM1,000 jika Umno BN memerintah lepas PRU 13 menunjukkan Timbalan Presiden Umno itu cuba mengambilalih portfolio Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak.

Amir

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari mempersoal kapasiti Muhyiddin mengumumkan bantuan tersebut baru-baru ini.

“Muhyiddin pegang portfolio Kementerian Pelajaran, langsung tiada kaitan dengan pemberian BR1M, kenapa dia sibuk umumkan?” katanya.

Beliau berkata, tindakan Timbalan Perdana Menteri itu usaha mengukuhkan sokongan dalam Umno BN terhadap dirinya.

“Saya nampak Umno BN juga makin terdesak menarik sokongan menjelang PRU 13 yang nampaknya kurang berpihak kepada mereka.

Najib Muhyiddin

“Sekarang Muhyiddin berlagak seolah-olah dia Perdana Menteri ketika Najib berhadapan pelbagai isu menjejaskan reputasinya,” kata Amiruddin kepada .
Keadilan Daily.

Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak itu berkata, pada dasarnya, BR1M tidak menyelesaikan masalah harian rakyat yang terpaksa menanggung kos sara hidup tinggi.

Katanya, ini berbeza dengan pendekatan Pakatan Rakyat menumpu untuk selesaikan masalah asas rakyat.
“Pakatan berjaya buktikan kemampuan mentadbir di Selangor tanpa menjejaskan kebajikan rakyat terbanyak seperti bekalan air percuma dan peruntukan skim untuk pelbagai lapisan umur.

“Selepas Pakatan menguasai Putrajaya, perkara utama yang akan dibuat ialah mengurangkan minyak yang menjadi punca kenaikan harga barang keperluan lain.

“Melalui beberapa kaedah penjimatan dan pembasmian penyelewengan, Pakatan mampu memastikan ekonomi isi rumah memiliki tabungan sehingga RM500 sebulan,” jelas Amiruddin.

Beliau turut menolak kenyataan Najib kononnya pemberian BR1M bukti ekonomi negara kukuh kerana sejak beberapa tahun, Malaysia mengalami bajet defisit.

“BR1M bukan cerminan kemakmuran ekonomi Malaysia tetapi perlu diteliti dari mana sumber peruntukan.

“Antara sumber terbaru tentulah dari saman AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik). Tidak mustahil jika Umno BN terus memerintah, pelbagai kenaikan harga dan bil akan berlaku termasuk tarif elektrik,” katanya.

Tiada ulasan: