Nasruddin Hassan, |
2. Mahasiswa sejak sekian lama menjadi kuasa semak-imbang di dalam proses demokrasi negara kita maka seharusnya keputusan mereka untuk menyertai proses pilihanraya dihormati oleh semua pihak. Amat malang sebenarnya kerana insiden seperti ini menimbulkan persoalan sejauh mana kerajaan komited kepada perlaksanaan pindaan di dalam AUKU.
3. Pada masa yang sama, komitmen kami di Dewan Pemuda ialah untuk melupuskan terus AUKU bagi mnggalakkan aktivisme mahasiswa di dalam mencorak masa depan negara.
4. Kita berharap pihak polis supaya menyegerakan siasatan dan membawa individu-individu terbabit ke muka pengadilan supaya ianya menjadi teladan kepada orang ramai bahawa sikap sebegini tidak diberi sebarang toleransi khususnya menjelang PRU 13.
5. Turut penting ialah respon pihak parti pemerintah untuk memastikan para penyokong mereka tidak melampaui batas apabila berada di medan berkempen. Apakah mereka sudah kehabisan hujah dan tinta sehingga sanggup bertindak ganas ke atas seteru politik mereka?
6. Memandangkan kejadian ini berlaku di dalam kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri, maka seharusnya Perdana Menteri mengambil tanggungjawab kepimpinan dalam soal ini dengan menegaskan tatacara madani di dalam soal berpolitik.
7. Namun demikian seperti biasa Perdana Menteri terus membisu seolah meredhai insiden yang berlaku sekaligus memberikan petunjuk yang membingungkan kepada masyarakat.
8. Hakikatnya ini bukanlah kejadian ganas yang pertama berlaku setelah siri keganasan kempen politik yang semakin kerap berlaku akhir-akhir ini. Sebelum ini ANAK diserang dan dihalang memasuki kawasan Felda. Kini Mahasiswa pula menjadi mangsa politik ganas. bukan sahaja siswa diugut, dipukul malah siswi di sentap tudungnya sehingga menampakkan aurat. satu pencabulan yang sangat biadap. Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan provokasi yang dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin parti pemerintah yang menggambarkan keadaan huru hara selepas PRU kelak. Taktik politik intimidasi sebegini kelihatannya menjadi modus operandi parti pemerintah untuk kekal berkuasa.
9. Di dalam berdepan dengan kerancakan kempen, maka saya menyeru kepada semua petugas pillihanraya PAS khususnya pemuda PAS untuk menjaga batas-batas wajib, haram, dosa dan pahala serta menggandakan amalan qiyamunlail memohon pertolongan dari Allah swt.
10. Para petugas PAS juga harus kekal tenang dan melakukan gerakkerja secara berjamaah agar tidak terperangkap di dalam politik provokasi parti lawan. Ingat resam Rasullulah saw yang bersabar walau dakwah baginda dibalas dengan batu dan cacian. Biarlah kemenangan kita di dalam PRU 13 kelak mendapat sanjungan rakyat dan beroleh keredhaan dari Allah swt.
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan