Khamis, 14 Februari 2013

Kempen ‘Turun Harga Kereta’ berterusan hingga PRU 13 – Rafizi

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yakin, kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ diterima baik rakyat ekoran kempen itu membolehkan lebih ramai memiliki kereta pilihan dengan harga mampu milik.

“Saya yakin kempen ini ‘melekat’ dalam minda rakyat kerana saban hari kita mengulangi janji menurunkan harga kereta selepas menawan Putrajaya.

“Rata-rata rakyat menanggung kos sara hidup tinggi, dengan penurunan harga kereta membolehkan mereka fokus untuk memiliki rumah yang selesa,” katanya ketika dihubungi.

Turunkan harga kereta

Rafizi berkata, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kempen itu digiatkan melalui papan iklan, grafik, edaran pelekat kempen dan manifesto Pakatan Rakyat.

KEADILAN sebelum ini mengedarkan lebih 50,000 pelekat kereta ‘Turunkan Harga Kereta’ kepada pengguna tol di sekitar Lembah Klang sempena perayaan Aidilfitri, disusuli jelajah kempen ke beberapa negeri antaranya, Pulau Pinang dan Sarawak.

Selain pelekat, KEADILAN turut mengubahsuai sebuah kereta yang didermakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sebagai kereta rasmi kempen.

KEADILAN menurunkan harga kereta melalui kaedah penghapusan cukai eksais secara berperingkat.

Tiada ulasan: