Rabu, 6 Februari 2013

BN hidu mereka akan tewas, ugut rakyat agar jadi penakut

Roketkini.com.


SUNGAI SIPUT: Tindakan Barisan Nasional (BN) yang menakut-nakutkan rakyat Malaysia membuktikan parti itu semakin lemah dan mereka bimbang mandat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti diberi kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk memerintah negara.

Ia termasuk amaran dangkal yang diberi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan media bahawa banyak perkara boleh ‘musnah’ walaupun lima tahun PR diberi mandat memerintah negara dengan mengambil contoh apa yang berlaku di Greece.

Sambil membidas kempen jahat BN itu, Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, M Kulasegaran berkata, tindak-tanduk mereka itu adalah berdasarkan hakikat bahawa PR semakin mendapat sokongan rakyat.

“Rakyat sudah cerdik kerana mereka dapat melihat pencapaian cemerlang kerajaan negeri yang ditadbir PR. Rakyat sendiri dapat lihat manfaat yang mereka terima dan kejayaan yang dicapai PR.

“PR bukan sahaja boleh mentadbir negara malah boleh memberi khidmat yang jauh lebih baik daripada BN, sebagaimana yang telah dibuktikan,” katanya dalam satu majlis di sini.

Kulasegaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, BN yang memerintah negara ini selama 55 tahun telah banyak melakukan kerosakan dan dapat dilihat seperti gejala rasuah dan fitnah melampau yang mampu menjejaskan ekonomi negara, keharmonian dan perpaduan rakyat.

“Cukuplah. BN tidak layak berhak memerintah dan rakyat kena berani mengubah, jika tidak negara akan terus rosak dan sukar bagi negara untuk mencapai kemajuan yang setanding dengan negara lain di Asia, termasuk Korea Selatan dan Jepun.

“Kini sudah tiba masanya rakyat memberi peluang kepada PR untuk mengubah lanskap pentadbiran negara ke arah yang lebih baik,” katanya.-Roketkini.com.

Tiada ulasan: