Sabtu, 9 Februari 2013

Ahli PKR kecewa keluar parti

 
Seramai 65 ahli PKR cawangan Kabong bertindak keluar parti beramai-ramai dan menyertai Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP).



KUCHING: Seramai 65 ahli PKR cawangan Kabong bertindak keluar parti beramai-ramai dan menyertai Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) kerana mendakwa diabaikan.

Bekas Ketua PKR cawangan c, 68, yang mengetuai kumpulan itu berkata, beliau dipilih oleh rakyat di kawasan itu pada pilihan raya negeri lalu untuk menjadi pemimpin mereka.

“Namun pelantikan saya tidak diluluskan oleh pihak pengurusan PKR. Saya rasa tertipu. Apabila menzahirkan hasrat untuk menyertai SPDP kami dialu-alukan dan hari ini bertekad untuk menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 ini,” katanya.

Ismail juga menggesa supaya generasi Y (muda)  memberi fokus sepenuhnya kepada kerajaan BN kerana mereka masih ketinggalan dari segi pembangunan sosial.

Presiden SPDP Tan Sri William Mawan ak Ikom berkata, ini adalah sikap sebenar parti pembangkang yang hanya pandai memberikan janji kosong untuk meraih sokongan daripada rakyat dan apabila mereka mencapai matlamat, rakyat akan ditinggalkan.

“Kami dalam SPDP bersimpati dengan nasib mereka ini lantas tidak keberatan untuk menerima mereka,” katanya sambil memberi jaminan kepentingan kumpulan yang sudah sedar akan kesilapan mereka menyertai PKR tidak akan diabaikan.

Tiada ulasan: