Ahad, 24 Februari 2013

230 Haiwan di Zoo Melaka 'Hilang'

Editor BULETIN

MELAKA - Kes membabitkan kematian seekor beruang hitam dan kuda jantan di Zoo dan Night Safari Melaka mengalami perkembangan baru apabila kira-kira 230 haiwan di zoo itu didakwa "tidak dapat dikesan".

Ia disedari pada senarai stoknya pada 1 Januari lalu apabila Jabatan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Malaysia menyerahkan pengurusan haiwan kurungan itu kepada satu usaha sama swasta, kata seorang ahli zoologi.

Dr Razeem Mazlan Abdullah, yang juga pengerusi jawatankuasa kecil kebajikan dan etika haiwan bagi pengendali zoo, pembiak, haiwan peliharaan dan persatuan pedagang haiwan liar (P4PHM), berkata senarai haiwan yang 'hilang' itu termasuk beberapa mamalia, reptilia dan burung yang hilang hanya dalam masa dua bulan ia disenaraikan buat kali pertama pada 20 Disember lalu.

Antaranya termasuk beruang hitam Malaya, harimau Malaysia, anjing dingo, harimau bintang dan rusa.

"Soalan besarnya ialah apa yang berlaku kepada kesemuanya itu dan di mana ia ditempatkan atau dipindahkan," kata beliau, kelmarin.

P4PHM ada sejumlah 4,000 anggota individu.

Dr Razeem, yang mempunyai pengalaman lebih dua dekad di bidang zoologi, percaya haiwan-haiwan itu mungkin diserahkan kepada zoo dan individu tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan. - The Star.

Tiada ulasan: