Kemudahan
LRT, KTM, bas dan lain-lain kenderaan awam yang menghubungkan
tempat-tempat di kawasan Lembah Klang sememangnya satu langkah oleh
kerajaan yang patut dipuji. Siapa yang tidak suka pergi ke tempat kerja
setiap hari dengan menaiki kenderaan awam tanpa perlu menghadapi
kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur yang semakin teruk dari tahun ke
tahun.
Antara
tiga perhentian yang paling ramai penumpang untuk LRT Putra adalah
Stesen Gombak, Taman Melati dan Wangsa Maju. Setiap pagi hanya dengan
melalui 3 stesen ini sahaja LRT itu sudah penuh. Namun yang peliknya
antara 3 stesen itu hanya Stesen Gombak yang mempunyai tempat
meletakkan kenderaan yang khas. Mereka yang menaiki LRT Taman Melati dan
Wangsa Maju pula terpaksa meletakkan kenderaan di tepi jalan jika LRT
itu agak jauh daripada rumah mereka.
Namun
sangatlah mengecewakan apabila pulang sahaja daripada tempat kerja,
surat saman kelihatan menempel di cermin kereta. Dikatakan kesalahan
meletakkan kenderaan kerana boleh membawakan bahaya kepada kereta lain.
Sedangkan tidak ada walau sekali pun pernah dilihat kemalangan berlaku
di kawasan tersebut jika nak dibandingkan dengan kemalangan yang
berlaku setiap minggu di kawasan Kuala Lumpur kerana kesesakan lalu
lintas setiap pagi dan petang.
Maka saya ingin bertanya kepada DBKL dan kerajaan yang melakukan projek-projek ini. Sebenarnya adakah DBKL dan kerajaan tidak sehaluan di mana kerajaan ingin menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam, tetapi DBKL pula gemar memberi saman, yang menjadikan orang ramai sukar menggunakan kenderaan awam? Ataupun DBKL dan kerajaan sengaja membina LRT tanpa tempat meletakkan kereta untuk memperolehi sumber pendapatan melalui saman?

Saya
berharap tindakan saman menyaman di kawasan LRT dan KTM yang tidak
mendatangkan bahaya yang jelas kepada kenderaan lain dihentikan. Jika
kerajaan tidak tahu menahu berkaitan kegiatan yang dilakukan DBKL ini,
diharapkan tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Ini kerana kejadian
ini kelihatan seolah-olah kerajaan merancang projek tanpa berfikiran
jauh apabila tidak memastikan rakyat dapat menggunakan
kemudahan-kemudahan tersebut sepenuhnya.-Pekerja KL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan