Catat rekod kehadiran tetamu paling ramai, perbelanjaan mungkin melebihi RM3 juta
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mempersoalkan perbelanjaan persandingan anak sulung Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26.
Acara berlangsung dengan penuh meriah dan dihadiri Sultan Selangor, para menteri dan juga kenamaan lain. Siti Nurhaliza juga didatangkan khas dalam majlis tersebut untuk mendendangkan lagu.
Penyelaras SAMM Melaka Zuraidi Abdullah berkata, persoalanya kini menurut laporan media kehadiran lebih 100,000 tetamu (ada juga laporan yang mengatakan 130,000 orang).
“Jika dalam kiraan minima dan mudah untuk seorang tetamu majlis persandingan itu menelan perbelanjaan RM10, maka berdasarkan laporan media lebih 100,000 tetamu menjadikan kos hidangan makanan tetamu biasa sahaja sudah RM1juta lebih.
”Dengan kehadiran yang angkanya jauh lebih besar dari rumah terbuka PM dan persediaan serta sambutan yang lebih hebat, angka mungkin menelan belanja mencecah lebih RM2juta.
“Itu kiraan minima tetapi melihat persediaan majlis yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Sultan Selangor dan ramai VVIP lain rasanya menjangkau perbelanjaan mungkin lebih RM30 seorang maka akan jumlah besarnya akan melebihi RM3 juta.
Siapa yang menajanya?
“Maka persoalannya kini, dari mana sumber penganjuran majlis berkenaan. Jika RM sendiri, adakah ia angka munasabah simpanan seorang Ketua Menteri, jika ia tajaan, siapa yang menajanya dan apa kepentingan pihak yang menaja?
“Dalam majlis yang gilang-gemilang ini bukan sedikit agensi kerajaan juga turut kelihatan dikerah untuk menjayakan program ini. Berapa banyak wang rakyat terbazir dalam kos pengangkutan membawa anggota kerajaan terbabit, elaun lebih masa termasuk makan dan minum mereka ?
“Adakah wajar dalam keadaan anggota keselamatan negara kurang maka mereka dikerah menjayakan kenduri kahwin anak Ketua Menteri ? Adakah ini tidak wujud unsur penyalah-gunaan kuasa?, katanya.
Menurut Zuraidi, atas dasar tanggungjawab terhadap wang rakyat Malaysia khususnya negeri Melaka, SAMM Melaka mendesak Ketua Menteri yang sebelum ini pernah dihalang bertanding dalam Umno kerana ‘rasuah politik wang’ untuk tampil memberikan penjelasan jujur dalam perbelanjaan majlis perkahwinan anaknya ini atau SAMM akan tampil membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam perkara itu.
Katanya, SAMM melihat ini simbol ketidak pedulian pimpinan BN dalam keadaan rakyat hidup susah dan negeri berhutang banyak tetapi pemimpin terus bermewah.
Inilah dia wasyatiyah ala BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan