Sabtu, 13 Oktober 2012

Piala Malaysia: Kelantan mara ke final

Noor hafiza Che Abdullah dan Siti Fatimah Muhammad Ali

Kelantan - Piala Malaysia
Sebahagian pemain dan pengurusan pasukan Kelantan menunjukkan isyarat tiga selepas berjaya mara ke final Piala Malaysia. 
 
Aksi pemain Kelantan dan Selangor pada perlawanan separuh masa pertama pusingan kedua separuh akhir
Aksi pemain Kelantan dan Selangor pada perlawanan separuh masa pertama pusingan kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. - Foto Safwan Mansor
 
GERGASI Pantai Timur, Kelantan mengesahkan slot ke pentas final Piala Malaysia dengan bergaya selepas mengetepikan Selangor menerusi agregat 3-0 dalam saingan separuh akhir kedua  di Stadium Shah Alam, malam ini.

Malah ini Kelantan memperoleh dua gol. Dengan kemenangan ini, misi Kelantan dalam mencari kejuaraan treble musim ini semakin tercapai.

Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi percubaan Safiq Rahim. Bagaimanapun sepakannya tersasar.

Pasukan pelawat melakukan serangan balas dan percubaan Mohamed Ghaddar pada minit ke-12 menerusi hantaran cantik Nik Mohd Shahrul gagal dilaksanakan apabila tandukannya berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Selangor, NorAzlan Razali.

Selang seminit kemudian, Ghaddar sekali lagi terlepas peluang apabila tendangannya melambung tinggi.

Memasuki pertengahan babak pertama perlawanan, pasukan pelawat melalui detik cemas  Amri Yahya bangkit melancarkan serangan nyaris merobek gawang Kelantan pada minit ke-22,  begitu pun berjaya didakap kemas oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Tuan rumah bagaimanapun masih tidak berputus asa dan terus membuat beberapa percubaan bagi mendapatkan gol meskipun percubaan Bosko Balaban pada minit ke-43 masih gagal untuk menewaskan Khairul Fahmi.

Sepuluh minit separuh masa kedua bermula, Kelantan terus ghairah mencari jaringan gol apabila tendangan kencang  Nurul Azwan Roya hampir membolosi gawang lawan, namun berjaya ditolak keluar oleh Azlan.

Kelantan sekali lagi melancarkan serangan menerusi penyerang berbisanya, Modh Idhan Talaha pada minit ke-57, tetapi tendangannya juga ditepis keluar oleh Azlan.

Biarpun ketika Kelantan dilihat lebih menguasai perlawanan, Selangor tetap enggan menyerah kalah apabila Shafiq Rahim terus mara membuat cubaan ke arah pintu gol lawan pada minit ke-64.

Bagaimanapun ia mudah diselamatkan Khairul Fahmi.

Pada minit ke-67, giliran Indra Putra Mahiyudin pula melancarkan serangan. Tendangannya tersasar melepasi tiang gol.

Keghairahan pelawat mencari jaringan gol akhirnya tertunai apabila tendangan pemain import Kelantan, Ghaddar berjaya menewaskan penjaga gol Selangor, Azlan.

Selepas itu, Mohd Badri Radzi menutup tirai perlawanan dengan menjaringkan gol kedua buat Kelantan  sekali gus meranapkan Misi 33 yang dicanang anak buah Irfan Bakti.

Dengan itu, Kelantan akan bertemu Angkatan Tentera Malaysia di pentas final yang akan berlangsung 20 Oktober ini di Stadium Shah Alam.

Senarai barisan pemain Selangor
Mohd Razman Roslan
Ramez Dayoud
Adip Aizuddin Latif
Safiq Rahim
Solihin Kanasian
Basko Balaban
Mohd Bunyamin Umar
Mohd Amri Yahya
Norazlan Razali (GK)
Mohd Rozaimi Abdul Rahman
S.Vanood


Senarai barisan pemain Kelantan
S.Subramaniam
Obinna Nwaneri
Nik Mohd Shahrul Azim
Mohd Shakir Shaari
NorShahrul Idlan Talaha
Mohhd Norfarhan
Mohd Nurul Azwan Roya
Indra Putra Mahiyudin
Mohd Daudsu Jamaluddin
Khairul Fahmi Che Mat
Mohamed Ghadar

Tiada ulasan: