Sabtu, 13 Oktober 2012

Patuhi 3 prinsip teguhkan PAS - Salahudin

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Menghormati Majlis Syura, berpegang kepada keputusan muktamar dan mentaati keputusan kepimpinan yang dibuat secara kolektif adalah antara prinsip paling asas yang perlu dipegang oleh semua ahli dan kepimpinan PAS.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, ketiga-tiganya perlu menjadi prinsip paling asas kepada semua kepimpinan dan ahli PAS yang mahu melihat parti itu sentiasa teguh dan mampu menempuh apapun cabaran yang dihadapinya.

"Selain menyokong penuh pandangan presiden, saya berpendapat, apapun pandangan pribadi yang mahu dikemukakan mestilah melalui saluran yang diizinkan dan bukan dibuat secara tidak bertanggungjawab," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana PAS di sepanjang 60  tahun kewujudannya ini teguh dan berdiri seutuhnya.

"Sekiranya kesemua pimpinan dan ahli-ahli memiliki disiplin yang tinggi, saya percaya kita mampu menghadapi musuh dalam akhlak berjamaah yang disyaratkan kepada semua," katanya.

Tiada ulasan: