Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata hari ini, kenyataan dari dua ahli parlimen - menteri undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan bekas ahli parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing sudah cukup untuk bank pusat itu untuk menyiasat punca dan tujuan dana itu.
Nazri pada Isnin lalu memberitahu Dewan bahawa dana berjumlah RM40 juta itu dibawa oleh pengimport balak, Michael Chia di Hong Kong, telah disiasat akaunnya dan kemudian dibekukan oleh pihak berkuasa anti rasuah.
Semalam, Bumburing dalam kenyataannya berkata dana itu telah disalurkan kepada akaun peribadi dari seorang pemimpin Umno, yang dapat diakses oleh ahli keluarga pemimpin tersebut.
"Kenyataan itu telah memperkuatkan lagi dakwaan bahawa terdapat elemen rasuah dalam dana RM40 juta itu.
"Kami akan membuat laporan kepada BNM esok dengan bukti-bukti yang relevan," katanya dalam sidang media di Parlimen.
Katanya, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA 2001) perlu dikenakan jika "derma politik" ini didapati mempunyai elemen rasuah.
Sambil menyebut Seksyen 14(b) AMLA, Rafizi berkata kenyataan Nazri itu berdasarkan dakwaan wang itu datang dari aktiviti tidak sah.
Di dalam seksyen 14 (b) AMLA menyebut "laporan tersebut mestilah dibuat kepada badan yang berkuasa untuk mengetahui dari mana transaksi berikut, dan kepada mana-mana pegawai atau pekerja yang terlibat dalam penerimaan dana yang melibatkan aktiviti melanggar undang-undang."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan