Oleh Aspan Alias |
Sekarang sibuk tentang debat Anwar dan Najib berhubung dengan pembentangan belanjawan 2013 di Parlimen baru-baru ini. Isu debat ini timbul kembali bila Anwar membidas Najib kerana sindiran Najib yang mengatakan bajet bayangan PR tidak realistik dan tidak mempunyai nilai langsung.
Najib menambah lagi serangan terhadap buku jingga semasa majlis anjuran parti Gerakan dan sambil berkata buku jingga itu tidak bernilai dan tidak sepadan untuk dicetak di atas kertas pun.
Sebagai seorang Perdana Menteri kata-kata Najib itu diambil serius dan
dinilai oleh semua pihak. Kata-kata seorang Perdana Menteri itu
melambangkan banyak perkara tentang seorang Perdana Menteri itu. Apa
yang diluahkan dari mulut itu melambangkan apa yang ada di dalam jiwa
atau karektor seseorang itu. Najib sedang cuba untuk menjual ‘minyak’nya
dengan memuji bajet yang dibentangnya dan memperlekehkan bajet bayangan
PR yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang itu dua hari sebelum Najib
membentangkan belanjawan BN untuk tahun hadapan.
Semasa Ketua Pembangkang mendebatkan belanjawan Najib itu Najib sebagai
Menteri Kewangan tidak berani hadir untuk mendengar apa-apa kritikan
yang dibentangkan oleh Ketua Pembangkang. Tetapi semasa membentangkan
belanjawan itu Najib telah menyindir yang Pakatan Rakyat telah
membentangkan bajet yang tidak bernilai dan tidak realistik sambil
mengejek-ejek Anwar yang sama-sama berada di dalam dewan semasa itu.
Kata-kata nista Najib terhadap PR itu tidak mempunyai moral kerana
beliau tidak menyedari yang ejekan beliau itu akan mendapat reaksi dari
pihak pembangkang. Najib tidak berani untuk berhadapan dengan reaksi
dari Anwar dan beliau menghilang diri dan tidak hadir di Parlimen semasa
Anwar membahaskan bajet pilihanraya beliau itu.
Najib seperti burung yang terbang tinggi yang hinggap di dahan hanya
untuk meninggalkan tahinya sahaja. Najib tidak mempunyai sifat
‘gentleman’ dan Anwar membalas dengan meminta Najib berbahas dengan
beliau (Anwar) tentang bajet BN dan bajet bayangan PR. Najib hanya
membisu kerana seperti biasa beliau selalu mengelak daripada berdepan
dengan Ketua Pembangkang secara terus.
Anwar pernah beberapa kali meminta diadakan debat di antara beliau
dengan Perdana Menteri dalam beberapa isu sebelum ini tetapi Najib
enggan berbuat demikian dengan alasan debat itu bukan budaya kita.
Rupa-rupanya berdebat secara terbuka itu bukan budaya kita tetapi
bercakap di belakang itu adalah budaya Najib. Beliau hanya berani dalam
situasi beliau bercakap seorang diri seperti membentangkan bajet
tersebut. Rupanya budaya Najib ialah bercakap dan membebel di tempat
lain seperti semasa persidangan parti Gerakan dan majlis-majlis yang
lain.
Jika Najib benar-benar yakin yang bajet beliau bentang itu merupakan
bajet yang terbaik tidak ada sebab kenapa beliau tidak berani berdebat
dengan Anwar sedangkan beliau beranggapan yang bajet bayangan PR itu
tidak realistik. Jika benar bajet PR itu tidak realistik Najib
sepatutnya dengan senang hati akan menerima cabaran Anwar itu tanpa
was-was untuk membezakan bajet yang beliau bentang dengan bajet bayangan
yang dibentang oleh Anwar bagi pihak Pakatan Rakyat.
Berdebat bukannya perkara ganjil di dalam sebuah negara demokrasi dalam
mengolah satu-satu isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat
dan negara. Rakyat juga mahu menyambut cabaran Najib supaya menilai
beliau dari rekod beliau. Sekarang Najib telah menunjukkan rekod yang
beliaulah PM yang paling pengecut untuk berhadapan dengan pembangkang
secara terbuka di hadapan rakyat.
Najib sepatutnya keluar ke hadapan dan berikan alasan kenapa buku
jingga dan bajet bayangan PR itu tidak realistik supaya rakyat dapat
menilai kedua-dua pemimpin itu. Sesungguhnya sememangnya Najib adalah
seorang yang terkenal dengan sikap pengecutnya. Beliau hanya bercakap
besar dalam situasi pihak lain belum boleh menjawabnya. Najib hanya
boleh membaca khutbah dalam mana makmun yang ramai itu ditegah untuk
bercakap walaupun bercakap untuk meminta makmum yang lain untuk berdiam
diri. Najib hanya suka berkata-kata yang tidak disahut.
Rakyat mahu tahu apakah benar yang Najib ini mempunyai pemikiran
sendiri tentang belanjawan negara yang beliau bentangkan sendiri itu.
Jika benar Najib mempunyai ‘clarity’ dalam pemikiran yang beliau
persembahkan kepada rakyat itu, Najib sepatutnya akan ke hadapan dengan
sukaria untuk mempertahankan pelan dan pemikiran beliau.
Keengganan Najib untuk berdebat itu sudah membuatkan orang ramai
‘conclusive’ tentang pandangan mereka bahawa Najib hanyalah seorang
pemimpin yang pandai bercakap dan tidak memahami sepenuhnya apa yang
beliau cakapkan dalam pembentangan bajet itu.
Dalam isu ini sahaja sudah cukup untuk orang ramai memberikan penilaian
terhadap Najib dan jika rakyat memilih untuk tidak memilih BN lagi, itu
adalah tindakan yang tidak boleh dipersalahkan oleh sesiapa.
Kita mesti ingat seseorang pemimpin itu harus berani menerima cabaran
seperti cabaran yang dilontarkan oleh Anwar itu. Jika tidak berani ia
hanya memberikan gambaran yang Najib tidak berani mempertahankan bajet
yang beliau bentangkan sendiri. Jika begitu jangan pula menyalahkan
rakyat memilih pihak alternatif di dalam pilihanraya nanti.
Rakyat tidak akan memberikan pimpinan kepada seseorang yang tidak
mempunyai keyakinan diri. Maka memberikan sokongan terhadap Najib itu
adalah ‘self insulting’.http://aspanaliasnet.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan