Isnin, 22 Oktober 2012

'Kong abai sebab kemalangan utama'

 
Nigel Aw


 
MP Selayang William Leong mempersoalkan kenyataan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha bahawa sistem penguatkuasaan automatik (AES) yang mensasarkan pemandu melebihi had laju adalah bertujuan untuk mengurangkan kemalangan.

Katanya, kerajaan tidak bertindak ke atas penyebab kemalangan jalan raya lain seperti yang melibatkan pengguna motosikal.

Beliau memberi contoh, sebahagian besar daripada kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan pengguna motosikal kerana laluan khas motosikal tidak mencukupi.

Katanya, statistik kemalangan jalan raya pada 2005 menunjukkan sebanyak 31,222 kematian akibat kemalangan motosikal – yang merupakan 66 peratus daripada kesemua kemalangan di Malaysia.

Leong berkata laporan oleh polis dan Institut Kajian Kesemalatan Jalan Raya (Miros) menunjukkan, sebanyak 120,156 kemalangan berlaku melibatkan 9.4 juta pengguna motosikal.

Daripada jumlah itu, sebanyak 12,112 kematian berkenaan melibatkan penunggang (3,614 kes) kematian dan pemboncong (422 kes).

VIDEO l 2.58 min

Tiada ulasan: