Khamis, 4 Oktober 2012

Kerajaan Beli IPP (Milik Tanjong & Genting) Sejumlah RM11.05 Bilion. Tarif Elektik Naik Lagi? November?

 Staff Berita Semasa
Tarif Elektrik Naik Kerajaan Beli IPP (Milik Tanjong & Genting) Sejumlah RM11.05 Bilion. Tarif Elektik Naik Lagi? November?

Kalau anda masih ingat lagi berita yang menyentuh tindakan “berani” 1MDB (1 Malaysia Development Berhad) yang dibentuk oleh kerajaan Malaysia sebelum ini, di mana 1MDB telah bertindak membeli aset penjana kuasa bebas IPP, kepunyaan Ananda Krishnan dalam Tanjung seperti Pahlawan, Panglima dan Powertech dengan menelan belanja sehingga RM8.5 bilion. 

Melampau…

Bagi kami ia nilai yang terlalu tinggi. Kalau diikutkan daripada perjanjian pembelian tenaga PPA Pahlawan, Panglima dan Powertech hanya tamat pada 2016, iaitu empat tahun dari sekarang di mana nilainya sepatutnya lebih rendah. Kalau ikutkan anggaran kebanyakan pemerhati hanyalah sekitar di antara RM4 bilion sehingga RM5 bilion sahaja, tetapi kita (kerajaan Malaysia) sanggup bayar RM8.5 bilion kepada Ananda Krishnan. Duit siapa itu? Kalau bukan duit……Erm!
Hasilnya……

Kenaikan Tarif Elektrik Tidak Lama Sahaja Lagi. Berjimat Wahai Rakyatku!!

Tarik Elektrik Naik 2012 Kerajaan Beli IPP (Milik Tanjong & Genting) Sejumlah RM11.05 Bilion. Tarif Elektik Naik Lagi? November?
Sumber : Malaysiakini
  1. Sudahkah menteri ini berjumpa dengan taikun IPP yang cukup “berpengaruh” di Malaysia?
  2. Pernahkah Menteri terfikir untuk berjumpa sendiri dengan mereka-mereka ini, membawa masalah rakyat Malaysia supaya dapatlah kiranya membuat rundingan semula perjanjian IPP yang cukup berat sebelah
  3. Adakah Menteri sudah sedia maklum, TNB seringkali menjadi budak belasahan kepada IPP selama ini di manaakhirnya  beban yang diterima mereka terpaksa dipindahkan kepada rakyat Malaysia atas nama “kenaikan tarif elektrik”?
Kepada yang baru pertama kali datang dan meneliti laporan berita daripada Berita Semasa, mungkin anda terlepas pandang laporan berita ini yang bertajuk “(BONGKAR) Sejarah IPP di Malaysia Sehingga PETRONAS, TNB & Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa“.

Apabila menyentuh mengenai Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA – Power Purchase Agreement)
  1. Generasi pertama harganya ialah : RM13.5 sen sehingga RM15.5 sen kilowatt per hour
  2. Generasi kedua harganya ialah : RM12.5 sen
  3. Generasi ketiga harganya ialah : RM11.5 sen
Harga yang diletakkan adalah tinggi. Tambahan pula kapitalis IPP ini mendapat lagi anggaran subsidi daripada Petronas sebanyak RM20 bilion setahun. Subsidi ini siapa yang patut dapat? Rakyat atau golongan kaya? Tetapi apa yang berlaku sekarang ini?
“Subsidi patut disalurkan kepada rakyat atau langsung kepada syarikat mega seperti ini?”
Bil Elektrik TNB Kerajaan Beli IPP (Milik Tanjong & Genting) Sejumlah RM11.05 Bilion. Tarif Elektik Naik Lagi? November?

Semakan kami di negara Bangladesh. Bangladesh, sebuah negara yang sering digambarkan dengan kemiskinan dengan lambakan pekerja Bangladesh di Malaysia. Contoh Bangladesh ini penting untuk kami masukkan dalam laporan kali ini sebagai perbandingan. Ini kerana semakan kami menunjukkan :
  1. Harga PPA di Bangladesh untuk bekalan pukal tenaga elektrik 10 sen per kilowatt per hour tanpa subsidi. Sekali lagi tanpa subsidi. Malaysia?
  2. Dibangunkan sendiri oleh Tenaga Nasional. Malaysia?
  3. Tenaga Nasional mampu bangunkan IPP di Bangladseh dengan harga 10 sen per kilowatt. Malaysia?
  4. Ada beza tak dengan Malaysia?
Berbalik kepada Malaysia, walaupun taikun IPP ini menerima lambakan subsidi gas daripada Petronas tetapi masih lagi mengenakan caj yang tinggi sebanyak 13sen – 15 sen. Tahniah!! Siapa tuan penasihatnya?

Itulah antara sebab Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB dan beliau pernah pernah menyebut kos TNB untuk menghasilkan, hanya 8 sen sahaja. Tetapi disebabkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada masa itu lebih sayangkan taikun-taikun IPP ini berbanding rakyat Malaysia, akhirnya perjanjian yang cukup berat sebelah itu diteruskan juga.

Kenaikan Bil Elektrik Kerajaan Beli IPP (Milik Tanjong & Genting) Sejumlah RM11.05 Bilion. Tarif Elektik Naik Lagi? November? 

Tak cukup dengan pembelian Tanjong Energy Holding milik Tanjong, 1MDB membeli lagi Mastika Lagenda Sdn Bhd milik Genting Bhd. dengan nilai RM2.55 bilion. Mastika Lagenda memiliki 75 peratus saham Genting Sanyen. Bagaimana 1MDb membeli “tergamak” menggunakan sumber negara dengan membeli pada kadar yang melampau sebegini? Sedangkan dan realitinya kerajaan Malaysia boleh membina IPP yang baru yang mana kosnya jauh lebih murah sekaligus kos penjanaan  elektrik kepada pengguna akan jatuh.
“Jika kos tinggi, siapa yang akan tanggung jikalau bukan rakyat?”
P/S : Pesanan Menteri kepada rakyat marhaen termasuklah kepada anda, anda semua di sini, “Berjimatlah dalam pengambilan gula, nescaya penyakit diabetes dapat dijauhkan. Berjimatlah menggunakan elektrik, nescaya bil elektrik dan tenaga dapat dijimatkan. Berjimatlah!!”

PP/S : Sebelum ini gula dan ERL naik. Apa lagi yang akan naik selepas ini?

Tiada ulasan: