Menurut Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Dr Mizan Hitam, paling awal keputusan pilihan raya, yang menyaksikan saingan sengit antara kumpulan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa, akan diumumkan 9 malam ini.
Pengundian dimulakan jam 9 malam tadi.
"Pengumuman paling awal 9 malam ini, mungkin proses pengiraan akan mengambil masa memandangkan kali terakhir kami menggunakan sistem manual adalah tahun 2003,” ujar beliau.
Mengulas lanjut, Mizan memberitahu jumlah pelajar yang keluar mengundi hari ini adalah memuaskan dan jika pun berlaku pengurangan berbanding Selasa lalu, ia tidak mendatangkan sebarang masalah.
"Peratus mengundi setakat jam 2.30 tengah hari tadi dianggarkan 60 peratus pelajar sudah keluar mengundi di kesemua lokasi pembuangan undi.
"Bagi kami, 60 peratus itu sudah memadai kerana sasaran pelajar yang keluar mengundi adalah 70 peratus," katanya.
Tambahnya, pelajar dilarang berkempen bagi pengundian semula ini setelah tempoh kempen sebenar berakhir secara rasmi, Isnin lalu.
"Pelajar mengguna pendekatan individu untuk mengajak rakan-rakan mereka turun mengundi," katanya.
Sebanyak 31 kerusi dipertandingkan iaitu 18 kerusi di kampus Gombak manakala 13 kerusi di kampus Kuantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan