Selasa, 23 Oktober 2012

Dilema SK Simpang Empat 80 tahun terpaksa ditutup

SITI SAFA MOHD NOR

Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat.
Pemandangan dari luar Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat.
 
SITIAWAN - Ibu bapa dan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Empat di sini  berdepan dengan dilema apabila sekolah berusia 80 tahun itu akan ditutup bermula 1 Januari 2013.

Nasib 464 murid sekolah berkenaan masih belum dapat dipastikan. Dalam pada itu, pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan masih berusaha membuat rayuan manakala Pejabat Pelajaran Daerah mengakui tidak mempunyai kuasa untuk menahan sekolah itu daripada ditutup.

Tiada ulasan: