Ahad, 21 Oktober 2012

Chua: Pembohong besar katakan hudud tidak melibatkan bukan Islam

TERKINI

Chua berkata sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, hubungan antara kaum saling berkait dan saling bergantung antara satu sama lain. — Gambar oleh Choo Choy May
 
KUALA LUMPUR — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata ia adalah satu pembohongan besar sekiranya ada yang mengatakan hudud tidak melibatkan orang yang bukan beragama Islam.
 Presiden MCA itu berkata, sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, hubungan antara kaum saling berkait dan saling bergantung antara satu sama lain.

“Jika hudud dilaksanakan, ia akan memberi kesan kepada politik, ekonomi, sosial serta pelaburan dalam negara.

“Jika hudud mahu dilaksanakan, maka mereka mahu menutup Genting, mahu menutup kedai nombor ekor, bahkan kini di Selangor tidak ada panggung wayang baru dibuka, cuba kita lihat berapa banyak peluang pekerjaan yang akan hilang?

“Jadi, bagaimana kamu boleh katakan ia tidak melibatkan orang bukan Islam?” kata Chua dalam sidang medianya selepas merasmikan perhimpunan agung MCA yang ke 59, hari ini.

Katanya, walaupun beliau tidak menggalakkan judi, tetapi pusat perjudian seperti Genting atau nombor ekor memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada yang bukan Islam.

Dr Chua berkata, PAS adalah 'taikor' (bos) kepada Pakatan Rakyat (PR), dan DAP dilihat sebagai takut dengan PAS yang bercita-cita mahu mengubah Perlembagaan negara.

"Hudud hanya akan merosakkan negara, sebab itu kita menentangnya,"

MCA berulang kali menggunakan isu hudud untuk memisahkan hubungan antara PAS dan DAP, dua parti pembangkang PR.

PAS telah meluahkan hasrat untuk melaksanakan hukuman hudud, tetapi DAP berkata ia hanya boleh dilakukan sekiranya ini negara Islam, dengan memberitahu bahawa Perlembagaan Persekutuan mengatakan Malaysia adalah negara sekular.

BN telah beberapa kali berkata pandangan berbeza antara PAS dan DAP dalam isu hudud membuktikan PR tidak bersatu.

Isu hudud dibangkitkan semula dalam perhimpunan agung Pemuda dan Wanita MCA semalam, dengan masing-masing mengeluarkan kenyataan menyokong bahawa Malaysia akan terus kekal sebagai negara sekular.

1 ulasan:

amboi berkata...

BABI TERNAKAN UMNO NI MAKIN GILA.