Selasa, 16 Oktober 2012

Anjur 'Monsoon Cup'; Umno Terengganu Persiakan Projek Pembinaan Kapal RM8 bilion

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/projek%20kapal.jpegKUALA TERENGGANU - Tokoh Korporat muda yang juga bekas Presiden Presiden Profesional Muda Terengganu Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim mendedahkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional telah mempersia-siakan peluang projek pembinaan kapal berjumlah RM8 bilion.

Menulis di laman sosialnya, Amzad menegaskan cadangan asal sebenarnya untuk memajukan muara sungai Terengganu adalah sebagai pusat pembinaan kapal negara, pelabuhan sederhana bebas cukai dan  pengkalan penguatkuasa maritim.

Menurutnya, kerajaan PAS Terengganu secara prinsipnya telah bersetuju pada tahun 2001 bagi melaksnakan kontrak Tentera Laut DiRaja Malaysia yang berjumlah tidak kurang RM300 juta setahun.

"cadangan asal sebenarnya untuk majukan muara sungai Terengganu sebagai pusat pembinaan kapal negara, pelabuhan sederhana bebas cukai, pengkalan penguatkuasa maritim.

"Itu yang dipersetujui secara prinsip masa kerajaan PAS Terengganu dulu,"tulis beliau.

Amzad yang juda adalah bekas Pengarah MSET Engineering Corporation Sdn Bhd berkata, kerajaan Terengganu ketika itu telah berunding dengan beberapa buah syarikat tempatan yang terlibat dengan bidang pembinaan kapal termasuk MSET dan Kay Marine.

Menurutnya, cadangan kemudahan 20 lagi limbungan akan dibuka di muara Sungai Terengganu dan ke dalam sungai Terengganu bagi memenuhi keperluan pembinaan kapal yang berjumlah RM300 hingga RM400 juta setahun.

"Itu yang dipersetujui secara prinsip masa kerajaan PAS Terengganu dulu. MSET, Kay Marine, 20 lagi limbungan kat muara dan ke dalam sungai terengganu waktu tu duk buat kontrak bina kapal jumlah dekat RM300-400juta setahun.

"Kerajaan Pusat masa tu nak buat kapal TLDM RM8 billion secara tempatanpada waktu tu duk buat kontrak bina kapal jumlah dekat RM300-400juta setahun. Kerajaan Pusat masa tu nak buat kapal TLDM RM8 billion secara tempatan,"jelasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita6/duyong.jpgTindakan kerajaan Umno yang 'hilang fokus' apabila kembali mentadbir negeri Terengganu pada tahun 2004 telah menyebabkan kerugian kepada rakyat Terengganu.

Menurutnya Kementerian Pertahanan telah menambah jumlah projek tersebut kepada RM27 bilion pada tahun lalu dan diberikan kepada syarikat Boutead.

"Baru tahun lepas buat keputusan lagi RM27billion kepada Boustead.....Terengganu dapat apa? Dapat (kerajaan) kat BN projek dah hilang fokus.

"Buat apa korek dalam-dalam kemudian timbus balik tengah sungai bagi lagi besar (membesearkan) Pulau Pasir depan Pulau Kambing? Timbus lagi di Kampung Cina bagi lagi (menyebabkan) sempit river flow (aliran sungai)? Timbus lagi di Kampung Batin jadi lagi kecik muara?,"katanya lagi.

Beliau mengkritik langkah kerajaan yang mengorek muara sungai Terengganu untuk tujuan menganjurkan pertandingan perahu Layar 'Monsoon Cup' yang disifatkannya hanya mengayakan pihak kontraktor serta meningkatkan perbelanjaan negeri Terengganu kerana terpaksa mengorek muara tersebut pada setiap tahun.

"Yang untung kontraktor Inai Kiara. Kos lebih rendah tak perlu buang pasir jauh-jauh. Peluang kerja berterusan sebab sungai dah sempit, tambah lagi halangan pulau pasir besar ditengah sungai,

"dapat jangka cepat kerajaan panggil untuk korek balik. Banyak juta potensi setahun. Korek dalam-dalam, timbus pasir kat tepi memanglah mudah cetek balik. Tak payah pindah lah kopal korek. Stesyen situ jer,"tempelak Amzad


Tiada ulasan: