Ramai di antara mereka merasakan yang mereka
tidak mahu lagi di tambat dan diberikan makan rumput-rumput kering.
Mereka juga mempunyai harga diri.
Majlis Tertinggi Umno telah mengambil langkah untuk menubuhkan
jawatankuasa untuk memantau pensabotaj parti bagi mempastikan tidak ada
ahli-ahlinya yang melakukan sebotaj parti dalam pilihan raya umum nanti.
Nampaknya barulah Umno mula hendak sedar yang penyakit Umno itu adalah satu penyakit dalaman yang telah berlaku dengan jelas dalam pilihan raya yang lalu dan juga yang akan datang. Jawatankuasa itu akan diketuai oleh Tengku Ahmad Rithauddin dan seorang wakil dari setiap Bahagian yang akan membuat lapuran online kepada jawatankuasa secara terus.
Penubuhan jawatankuasa ini menyedarkan rakyat bahawa isu ini adalah satu isu yang serius dan ia akan menjadi perkara yang sukar untuk dikawal kerana seseorang ahli itu akan melakukan sabotaj secara senyap-senyap di dalam peti undi. Tindakan ini juga memberikan rasa tidak yakin orang ramai terhadap Umno kerana pimpinan parti itu sendiri tidak yakin dengan sokongan ahli-ahlinya sendiri.
Mengikut lapuran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lebih 1.5 juta ahli Umno telah mensabotaj BN dalam piihan raya yang lalu dan ahli-ahli Umno sendirilah yang mahukan parti itu kecundang dalam pilihan raya yang lalu dan yang akan datang.
Itulah yang saya sebutkan selalu. Umno sebenarnya akan jatuh kerana urat-uratnya sudah tidak menyalurkan makanan untuk pokok itu hidup dan sebatang pokok itu akan mati dengan sendirinya jika urat-urat di bawah tidak memberikan sokongan kepada sebatang pohon itu. Matinya sepohon pokok itu adalah kerana matinya urat-urat di bawah dan itulah pernyakit yang di hidapi oleh Umno sekian lama.
Jiwa sudah lemah
Kalau Umno sudah sampai ke tahap ini masalahnya, maka harapan Umno untuk kekal sebagai parti yang kuat akan berakhir. Kita tidak nampak bagaimana isu ini boleh di selesaikan kerana ia melibatkan perasaan ahli-ahli itu sendiri. Ia bersangkut dengan jiwa dalaman ahli-ahli.
Sesebuah parti itu akan hanya kekal jika jiwa ahli-ahlinya kuat bertahan. Seseorang yang sedang sakit akan mudah melemahkan seseorang pesakit itu jika jiwanya sudah lemah kerana kelemahan semangat itu menyumbang kepada kelemahan tubuh pesakit itu yang akhirnya membawa maut.
Ini merupakan pertahanan terakhir Umno dan ia tidak akan sembuh lagi. Kalau orang sudah tidak hendak kepada kita, tidak ada apa-apa usaha pun yang boleh mengembalikan mereka untuk kembali kepada kita.
Kalau pasangan kita sudah tidak menyayangi kita lagi amat susah untuk membuatkan pasangan kita menyayangi kita seperti dahulu lagi.
Kita sedar yang ahli-ahli Umno kini ramai yang tidak berkeyakinan terhadap partinya kerana mereka juga ada mata dan hati, dan mereka juga sedar dan merasakan sendiri apa yang dirasakan oleh rakyat yang ramai ini. Mereka juga manusia dan mempunyai perasaan.
Jika mereka sedar yang mereka hanya menjadi alat oleh pimpinan mereka untuk kekayaan dan keuntungan peribadi mereka, perasaan marah dan bosan terhadap tindakan pimpinan mereka itu akan bertambah.

Kerbau membajak sawah
Ahli-ahli Umno terutamanya di bawah-bawah itu sudah sedar yang mereka
hanya dijadikan sebagai kerbau-kerbau untuk membajak sawah. Padinya
dibaham oleh tikus-tikus dikepuk padi. Ahli-ahli Umno pun tidak mahu
mereka di kerbaukan oleh pemimpin mereka.
Tetapi MKT Umno bolehlah melakukan apa-apa jua cara untuk membuatkan ahli-ahlinya taat kepada partinya. Cinta paksa tidak kekal dan akhirnya membawa perceraian. Kalau pasangan suami isteri pun boleh berpisah, apalah sangat hubungan dengan parti yang sudah lapuk itu?
Tetapi hakikatnya yang benar itu tetap akan timbul suatu masa nanti dan masanya sudah terlalu hampir kepada kita untuik menyaksikannya berlaku.
Sesungguhnya orang Melayu sekarang sudah mula hendak kembali bersatu, tetapi mereka tahu penyatuan itu tidak lagi akan berlaku di bawah Umno. Mereka sedang menyaksikan perubahan ini. Mereka sedar yang orang Melayu mahu bersatu di luar Umno dibawah payung dan wadah yang baru.
Melayu sekarang sudah menampakkan keinginan untuk melakukan hijrah untuk kemajuan dan kebaikan mereka dan negara. Kita semua tahu yang hijrah merupakan satu elemen dan peristiwa penting di dalam Islam.
Jika sudah sampai untuk orang Melayu berhijrah, dan jika ia digerakkan oleh kehendak yang Maha Esa itu, tidak ada sesiapa pun boleh menahannya, waimma dengan meletakkan muncung senapang di tengkok ahli-ahli Umno oleh pimpinan mereka.
Kita mesti faham yang ahli-ahli Umno itu bukanya kerbau-kerbau yang boleh ditambat di mana-mana yang dikehendaki oleh pimpinan mereka. Ramai di antara mereka telah merasakan yang mereka tidak mahu lagi di tambat dan diberikan makan rumput-rumput kering lagi. Mereka juga mempunyai harga diri.
Apabila perubahan berlaku ia akan berlaku. Percayalah. Segala-galanya akan berubah selepas ini. Melayu akan hidup dalam ‘ambience’ yang baru.
Selamat berubah dan berhijrah.http//:aspanaliasnetblogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan