Pertama
sekali apabila menyentuh soal HUDUD ini ia tidak ada kena mengena
dengan HUDUD Pas atau HUDUD Umno. Andaikata PAS mahu melaksanakan pun,
ia bukan Hudud Pas. Begitu juga, jika Umno mahu melaksanakan Hudud di Malaysia sekalipun, ia juga bukan Hudud Umno….
Lebih
baik Hudud ini jangan dimasukkan elemen politik di dalamnya. Hudud ini
milik Allah. Allah dah garap hukum Hudud ini dengan cukup baik sekali. Pokok pangkalnya persoalan kepada hambaNya samada mahu melaksanakannya atau tidak.
Dan…..kami
tertarik dengan kenyataan Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan
Ulama Islam Sedunia pernah berbicara tajuk ‘Hudud Dalam Wacana Feqh
Masa Kini” mengatakan :
‘Sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.
Kami
merasakan dengan ayat Syeikh Yusuf al-Qaradhawi seperti di atas cukup
untuk beri pemahaman tentang tertib bagi melaksanakan hukum hudud ini.
Asasnya perlu kuat terlebih dahulu….
Jika orang bukan Islam tidak bersetuju dengan hudud sekalipun, kami tidak hairan. Sebab mereka bukan Islam. Sekali lagi, mereka BUKAN ISLAM. Mereka memang tidak faham tentang Islam. Tetapi…biarlah menggunakan akal sebelum berkata-kata.
Lihat Video Chua Soi Lek Beri Amaran Tentang “Bahaya” Hudud PAS
- Mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya HUDUD PAS dilaksanakan
- Mana beliau dapat sumber ini? Beliau hanya memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali. Hanya petik sms dan terus buat kenyataan? Erkkk….
- Beliau senaraikan pelbagai industri yang akan terjejas dengan ramai rakyat Malaysia yang hilang kerja, sekiranya hudud PAS dilaksanakan seperti di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.
1.2 juta rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan? Ramainya rakyat Malaysia yang menjadi “penjenayah berat” dan melanggar hukum Allah sehingga bakal berhadapan dengan hukum Hudud? Adakah 1.2 juta orang ini terlibat dalam perbuatan seperti :
- kena potong tangan akibat mencuri .
- kena hukum pancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati .
- kena hukuman sebat kepada pembuat fitnah .
- kena hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak .
- kena hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin
Kepada
orang bukan Islam tidak perlu mencampur-adukkan fakta atau membuat
sebarang ramalan mengarut seperti ini, nasihat kami lebih baik diam
daripada bersuara tentang apa yang kita tidak tahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan