Hafiz Yatim
Katanya, pada hari kejadian, petang 9 Julai itu, beliau berjalan dari Brickfields untuk menuju ke Menara Maybank dengan memakai kemeja T kuning BERSIH 2.0.
Menurutnya, dalam perjalanan itu, beliau juga melihat ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah ditangkap ketika cuba berunding bagi pihak lebih 5,000 orang supaya pihak berkuasa membenarkan mereka melepasi sekatan polis.
"Terdapat ramai anggota polis pada hari itu dengan juga anggota dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Kami hanya berkumpul di sana sambil melaungkan beberapa slogan apabila polis memberi amaran dan melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di Jalan Pudu.
"Sivarasa dan beberapa ahli politik lain yang cuba untuk berunding dengan pihak polis supaya orang ramai ridak dihalang tetapi sebaliknya, beliau pula ditangkap," katanya.
Akibat terkena gas pemedih mata, sebahagian daripada mereka mengambil keputusan untuk berlindung di dalam kawasan Hospital Tung Shin Hospital dan katanya, ketika itu, melepaskan tembakan meriam air ke arah orang ramai.
Keterangan Yap pada hari kelima siasatan awam ini, bercanggah dengan kenyataan pihak berkuasa yang mempertahankan bahawa tiada gas pemedih mata dilepaskan di Hospital Tung Shin.
Pihak polis dan juga Kementerian Kesihatan pada mulanya menafikan bahawa tembakan meriam air dilepaskan ke perkarangan hospital.
Namun, bukti-bukti, khususnya gambar dan rakaman video yang tersebar di Internet memaksa pihak berkuasa menukar pendirian mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan