Khamis, 24 November 2011

Laporan polis terhadap pegawai MB Selangor

686 orang masing-masing kehilangan RM2100 untuk dapatkan rumah kos rendah.



KAJANG: Laporan polis dibuat ke atas pegawai tugas-tugas khas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Mohd Yatim Abu Bakar kerana dipercayai menjadi dalang di sebalik kes penipuan pembeli rumah kos rendah.

Presiden Gabungan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin ketika ditemui di ibu pejabat polis daerah (IPD) Hulu Langat berkata seramai 686 orang yang terdiri dari kakitangan kerajaan, anggota tentera dan polis menjadi mangsa penipuan.

Sebanyak 15 laporan polis telahpun dilaporkan dan Hamidzun menganggarkan 35 laporan akan dibuat pada hari ini dan minggu depan.

Mangsa-mangsa telah membeli rumah di Taman Harmoni, Balakong; Batu 9, Jalan Cheras; Taman Botani, Klang dan Taman Selayang Mulia, Selayang.

Menurut salah seorang mangsa, Azlan Lam, 36, beliau membuat bayaran RM2, 100 kepada Yatim.

Penyerahan kunci ditunda

“Saya buat bayaran pada 15 Mei 2010 dan kami dibawa melihat rumah tersebut.

“Pada peringkat awal, penyerahan kunci ditunda kerana pilihan raya kecil Tenang dan pilihan raya negeri Sarawak.

“Saya mula syak ada unsur penipuan setelah penundaan berlaku sekali lagi selepas Hari Raya Aidilfitri,” kata Azlan setelah membuat laporan polis.

Sementara itu, Hamidzun berkata bahawa beliau percaya bahawa terdapat sindiket di dalam pentadbiran Menteri Besar.

“Saya percaya ada sindiket di kalangan kakitangan politik Menteri Besar,” kata beliau.

Tiada ulasan: