Perjanjian ini melibatkan kerjasama dua hala sistem pengurusan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang, program pertukaran budaya dan teknologi serta mencontohi pengurusan kecerian dan kebersihan bandar Xiamen.
Perjanjian yang dikenali sebagai ‘City of Friendship' ini telahpun bermula sejak tahun 2010 dan kini diperkukuhkan lagi dengan kunjungan balas oleh lima delegasi yang diketuai Datuk bandar Xiamen, ke bandar Klang.
Exco Selangor, Ronie Liew berkata, persamaan Xiamen dan Klang sebagai bandar pelabuhan terpenting, ciri etnik dan adat serta budaya yang diamalkan, diharap dapat membuka ruang kerjasama perkongsian melalui perjanjian yang dipersetujui bersama ini.
"Saya haraplah mudah-mudahan selepas perjanjian itu ditandatangani kita dapat mempertingkatkan lagi perhubungan di antara Xiamen dan Klang.
"Sebenarnya kita dapati banyak persamaan dengan Klang. Xiamen sebuah kota yang sangat bersih, sangat teratur dari segi transport sistem, keindahan lanskap, dari segi kebersihan. Memang semua orang Cina di negeri China tahu Xiamen ni bersih dan indah dan Kelang boleh mempelajari dari Xiamen.
"Saya rasa orang Xiamen pun berminat dengan Malaysia khasnya Klang kerana kita ada sesuatu yang mereka boleh mempelajari dari kita."
Sementara itu, Naib Yang DiPertua MPK Mohd Ikhsan Mukri, pula menegaskan bahawa rentetan perjanjian ini, Klang dapat bertukar-tukar idea dan strategi perancangan bandar dengan Xiamen demi kemajuan pesat pada masa hadapan.
"Kita akan menandatangani satu perjanjian friendship City, saya rasa ini kali pertama hubungan ini, ini lebih mengeratkan, pertukaran culture budaya sports, industri seperti yang ditekankan oleh Dato Menteri Besar sendiri ada sesuatu yang MPK perlu belajar dari Xiamen iaitu lanskapnya kerana Xiamen bandar paling bersih, paling cantik di China..Xiamen penduduknya 3 juta dan kita 1 juta..kita harap kita cepat bersihkan sungai Klang dan keseluruhan Klang."
Pengarah Kumpulan Acmar International, Danny Tan memberitahu TVSelangor, rangkaian perniagaan Acmar International telah 16 tahun bertapak dalam pembangunan komersial hartanah dan hotel, serta membina banyak premis penginapan mewah, di Xiamen, China.
"Memang kita Acmar dekat negeri China Xiamen sudah 16 tahun. Mereka pun kenal kita dan daripada sokongan kita dapat kita bawa ke Malaysia, Selangor dan perkenalkan dengan MPK.
"Apa yang kita nampak Xiamen, kebersihan tidak boleh dibandingkan di daerah Klang, kita Selangor supaya kita boleh belajar khususnya bandar diraja Klang di Selangor.
Selain menandatangi perjanjian, rombongan deligasi Majlis Perbandaran Xiamen China, ini turut dibawa melawat ke Menara MPK, Pelabuhan Barat, dan sekitar Bandar diRaja, Klang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan